PH-BN boleh menang lima negeri dalam PRN

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi lima daripada enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Beliau berkata, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang mudah ditawan untuk Kerajaan Perpaduan manakala Kedah dan Terengganu pula negeri bersifat ‘swing state’ (mudah berubah) dan Kelantan sukar kerana kebanyakan pengundi di luar negeri itu tidak mahu perubahan.

“Swing state di mana sekejap menyokong pembangkang dan sekejap berubah kepada BN. Saya ada keyakinan kerana saya turun ke lapangan ketika berkempen di negeri itu… insya-ALLAH kita boleh menjadi kerajaan di lima negeri,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelepasan Kontena ‘Kempen Infak dan Wakaf Satu Juta Al-Quran’, di sini pada Jumaat.

Ahmad Maslan berkata, Kerajaan Perpaduan berharap diberi peluang untuk menyelesaikan masalah utama di Kelantan termasuk kemiskinan tegar, bekalan air dan peluang pekerjaan anak muda.

PRN di enam negeri itu melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati



Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker