Zahid kata BN tetap setia bersama PH

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan janjinya yang parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Harapan (PH) begitu juga Gabungan Parti Sarawak(GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Menurutnya, seramai 148 Ahli Parlimen daripada semua parti itu akan terus setia menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di bumi Negeri Sembilan ini, saya berjanji bahawa BN akan tetap bersama-sama dengan PH, GPS dari Sarawak, GRS dari Sabah dan juga rakan-rakan lain.

“Insya-ALLAH 148 Ahli Parlimen akan tetap mendukung Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada majlis Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di sini pada Selasa.

Beliau yang merupakan Presiden UMNO berkata, jika parti dalam gabungan itu terus saling elergik dan beremosi antara satu sama lain, ia tidak memberi kestabilan politik kepada negara.



Dalam pada itu katanya, angin perubahan terhadap Kerajaan Perpaduan sedang berlaku di Kelantan apabila Jelajah Perpaduan Madani Negeri Kelantan di Tanah Merah dan Kota Bharu menerima kehadiran pengunjung luar biasa.

Tambahnya, daripada 10,000 pengunjung lebih 50 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Cina.

“Insya-ALLAH Kelantan akan berada di bawah Kerajaan Perpaduan selepas 33 tahun. Tak mustahil kalau kerajaan Terengganu di bawah kita semula selepas satu penggal dan tak mustahil Kedah di bawah kita semula selepas dua penggal.

“Saya ingatkan diri saya, jangan mendahului hukum ALLAH. Kuasa rakyat adalah kuasa keramat,” katanya.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker