Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump – Amirudin

Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump – Amirudin

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyifatkan kelakuan rakan sejawatnya dari Kedah Sanusi Nor ibarat bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang sering mencetuskan kontroversi tidak memanfaatkan rakyat.

Katanya, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu ibarat “salin dan tampal” kepada Trump, dengan daya tarikan tersebut digunakan untuk menabur fitnah dikitar semula seperti dalam isu pembangunan Sungai Klang bagi mengalihkan kontroversi dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.



“Memang ada daya tarikan tetapi ala Donald Trump, kalau beliau hendak ‘copy paste’ kaedah itu saya rasa beliau akan mencipta kelam-kabut seperti di AS ketika Trump menjadi presiden.

“Saya tengok gaya kempen, penampilan dan bercakap semuanya mencetak dan mengulang kaedah Trump, ini mungkin tak disedari PAS tetapi itulah dibuat mereka sekarang membangkitkan tentang orang negeri asal, masyarakat jati serta luar, melanggar norma dan penghormatan kita kepada institusi raja,” katanya dalam temu bual bersama FMT.

Sanusi dan Trump berdepan pertuduhan dan saman di mahkamah akibat tindak-tanduk serta dakwaan memfitnah dibuat mereka.

Bulan lalu, Sanusi didakwa atas dua pertuduhan membuat kenyataan hasutan terhadap raja susulan ucapannya pada ceramah politik menjelang PRN di Gombak. Beliau juga bakal berdepan saman antaranya daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, selain Amirudin dan pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan berhubung dakwaan skandal pembangunan Sungai Klang.



Di negara Uncle Sam, Trump, presiden AS ke-45 pula berdepan pertuduhan atas kesalahan pengendalian dokumen sulit, cuba membatalkan keputusan pilihan raya, bersubahat menipu kerajaan, cubaan untuk menyogok seorang saksi dan bersubahat menghalang suara rakyat.

Amirudin yang juga naib presiden PKR berkata, gerak kerja Sanusi tidak membawa manfaat kepada rakyat dan mungkin menjadi penghalang kepada ekonomi di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan seperti kenyataan penganalisis ekonomi Geoffrey Williams kepada FMT pada 31 Julai.

“Sebab itu penganalisis ekonomi menganggap kalau PN menang model ini akan diteruskan secara berterusan untuk menghimpit kerajaan persekutuan yang sedang bekerja keras memperbetulkan serta memulihkan ekonomi negara, ia tak bawa manfaat,” katanya.

Tolak Azmin



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu juga berharap orang Melayu menyokong gabungannya dengan Barisan Nasional (BN) jika ingin mengekalkan kuasa politik kerana kedua-duanya di landasan betul menjadi kerajaan berdasarkan data harian dilihatnya.

“Sebab undi PN hanya akan menjemput Melayu menjadi suara oposisi dalam Selangor, ini merugikan apatah lagi tak bergabung dengan suasana di peringkat kerajaan pusat.

“Apakah dengan mengekalkan suara orang Melayu menjadi suara pembangkang beri manfaat kepada orang Melayu? Saya rasa tidak. Sementalahan itu, Selangor tidak pernah menghukum dan beri peruntukan besar kepada Islam dan Melayu,” katanya membidas PN kerana mencipta naratif Melayu sebagai minoriti.

Amirudin turut mengulangi gesaan kepada pengundi di DUN Hulu Kelang menolak bekas menteri besar Azmin Ali, mengambil kira pengajaran daripada keadaan huru-hara pentadbiran negara digerakkan calon PN itu pada 2020.



“Pada PRU15, ketiga-tiga DUN (bawah Gombak) telah menolaknya dan ia satu isyarat baik rakyat untuk biarkannya ‘berehat’, tetapi saya lihat beliau cuba kempen senyap-senyap dan rendah diri tak macam dahulu.

“Tetapi beliau masih mempertahankan pendiriannya bahawa Langkah Sheraton itu baik untuk negara, tetapi terbukti gagal, merosakkan dan membuat kacau bilau…mungkin untuk beliau ada manfaat kerana hampir menjadi TPM (timbalan perdana menteri),” katanya.

Azmin berdepan Timbalan Ketua Wanita PKR Juwairiya Zulkifli di kerusi DUN Hulu Kelang pada PRN Sabtu ini. FMT

Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump – Amirudin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker