Peja jangan main politik kotor dan jahat – Megat

Peja jangan main politik kotor dan jahat – Megat

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menyarankan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak memainkan isu naratif demi meraih undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Datuk Megat Zulkarnain Omardin membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung Kerajaan Pusat akan bertukar walaupun terikat dengan Akta Lompat Parti.



“Saya bukan emosi, ini adalah satu permainan politik jahat dan kotor apabila mereka merasakan tidak mampu untuk menawan beberapa negeri mereka harapkan, maka mereka memberikan naratif yang salah.

“Pada saya jangan dan tak perlu sebut, saya fikir Peja (Ahmad Faizal) tahu.. berapa ramai yang nak lompat? Kerajaan yang ada hari ini cukup 148 kerusi, kenyataan Premier Sarawak, kenyataan Ketua Menteri Sabah, kenyataan Warisan iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal… kita ada 19 parti dalam Kerajaan Perpaduan maka daripada mana dia nak dapat angka ini?

“Nak dapatkan lebih 30 lebih ahli Parlimen dan walaupun ada ia adalah sesuatu yang tidak sihat. Kalau ada pun, tutup mulut kamu, jangan letup sana, letup sini. Tidak kasihan pada negara ke? Saya percaya ini strategi lama yang digunakan mereka, tunggulah nanti (12 Ogos) ini,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) N.17 Gombak Setia, Datuk Wira Megat Zulkarnain menyampaikan ucapan pada Majlis Hi-Tea sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Perkarangan Pasar Moden Sri Gombak, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 07 OGOS 2023.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rahmah Mesra Taman Seri Gombak yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Pengerusi UMNO Selangor itu berkata, ketika ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan berusaha untuk menarik pelaburan demi pengukuhan ekonomi negara.

“PM sedang mendapatkan pelaburan masuk, mereka mahu masuk. Ini adalah satu mainan politik yang tidak sihat dan kotor. Saya percaya ini adalah satu strategi lama yang digunakan mereka tapi tunggulah 12 haribulan nanti untuk tahu keputusan yang sebenar,” ujarnya.

Terdahulu Peja yang juga bekas Ahli Parlimen Tambun berkata, meskipun terikat dengan Akta Lompat Parti namun tidak mustahil kerajaan Pusat akan bertukar sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua PRN nanti.

Menurut Ahmad Faizal, ini kerana ada proses undang-undang yang membolehkan ia berlaku. MG



Peja jangan main politik kotor dan jahat – Megat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker