Indonesia ‘Meroyan’ Tesla Pilih Buka Ibu Pejabat Di Malaysia

Indonesia ‘Meroyan’ Tesla Pilih Buka Ibu Pejabat Di Malaysia

Bulan lalu Tesla telah mengumumkan bahawa syarikat gergasi kereta elektrik itu akan membuka ibu pejabatnya di Malaysia. Berita ini pastinya mengejutkan Indonesia kerana sebelum ini negara itu dikhabarkan bakal menjadi hub terbesar untuk perusahaan milik Elon Musk.

Artikel Berkaitan:
Tempah Tesla Sebelum 31 Oktober, Dapat ‘Tesla Wall Connector’ Bernilai RM2,880 Percuma



Dalam artikel “Tesla’s move into Malaysia should be a wake-up call for Indonesia“, pegawai Pengarah Perniagaan Amerika di Indonesia A.Lin Neumann mendedahkan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan berbanding Indonesia sehingga syarikat besar itu mudah memilih Malaysia.

Dalam tulisannya, beliau menyatakan bahawa Malaysia lebih bersikap terbuka dengan permintaan Elon Musk, manakala Indonesia pula lebih tertutup. Walaupun tidak jelas bagaimana perbincangan dengan Indonesia berlaku, namun apa yang dikehendaki Tesla nampaknya dapat dipenuhi dengan mudah oleh Malaysia.

“Sangat sedikit yang diketahui umum tentang apa yang dicari oleh Tesla dari Jakarta atau apa yang ditawarkan oleh Indonesia, tetapi daripada garis besar perjanjian Malaysia, apa yang dikehendaki oleh pembuat kereta itu kelihatan agak mudah,” tulisnya.

Tambah beliau lagi, perjanjian terbabit bukan sahaja baik untuk rakyat Malaysia kerana akan membuka peluang pekerajaan yang lebih besar, tetapi memberi kesan ekonomi yang positif kepada Putrajaya.



Selain itu, beliau berkata larinya pelabur asing ke Malaysia sama seperti kes di mana ramai pelabur memilih Vietnam berbanding Indonesia. Beliau turut menyindir bahawa kejadian ini berlaku disebabkan oleh dasar pro-tempatan yang dijalankan oleh pemerintah.

“Indonesia kini mengenakan tarif import sebanyak 50% ke atas EV yang dipasang sepenuhnya untuk menggalakkan pelaburan pembuatan tempatan,” tulisnya. “Sesetengah menjangka Jakarta akan menawarkan pengecualian cukai, seperti yang dilakukan Malaysia untuk Tesla, tetapi Indonesia sangat berpegang kepada persekitaran kawal selia yang rumit yang menghormati kepentingan tempatan dan merumitkan perjanjian dengan pelabur,” katanya. VC

Indonesia ‘Meroyan’ Tesla Pilih Buka Ibu Pejabat Di Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker