PH-BN ada kelebihan kuasai Selangor

PH-BN ada kelebihan kuasai Selangor

Selepas lebih seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung, tumpuan kekal terarah kepada Selangor dengan pelbagai analisis dan ramalan dikeluarkan pelbagai pihak.

Setakat ini, lebih ramai melihat gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berupaya mengetepikan cabaran Perikatan Nasional (PN) di Selangor, namun gandingan dua blok parti utama itu juga dilihat berisiko kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri (DUN).



Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lima tahun lalu, PH mendominasi negeri termaju ini apabila menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS, masing-masing empat dan satu kerusi.

Namun, situasi semasa menyaksikan penguasaan kerusi gandingan PH-BN dilihat boleh berkurangan, ada yang meramalkan kerjasama dua blok politik itu hanya mampu menang 33 kerusi, manakala baki 23 lagi boleh menjadi milik PN.

Kawasan dijangka menyaksikan persaingan sengit dengan kelebihan mungkin memihak PN, antaranya Sungai Air Tawar, Sabah, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burung, Permatang, Ijok, Jeram, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Dusun Tua, Semenyih, Sungai Ramal, Batu Tiga, Meru, Sementa, Selat Kelang, Sijangkang, Morib, Tanjung Sepat dan Dengkil.


Baca Artikel Menarik:

Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir




Bagi PH-BN pula, gabungan parti berkenaan melalui DAP, PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan UMNO, dilihat boleh menang di Sekinchan, Kuala Kubu Baru, Bukit Melawati, Rawang, Taman Templer, Sungai Tua, Bukit Antarabangsa, Pandan Indah, Teratai, Kajang, Balakong, Seri Kembangan dan Seri Serdang.

Selain itu, Kinrara, Subang Jaya, Seri Setia, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Bandar Baru Klang, Pelabuhan Klang, Pandamaran, Sentosa, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.

Kerusi selebihnya dijangka menyaksikan saingan sengit, terutama kawasan DUN yang membabitkan pertembungan BN melawan BERSATU. Kerusi yang turut ditandingi calon Bebas atau parti kecil boleh menyebabkan pecahan undi yang akan memberi kelebihan atau menjejaskan calon PH-BN atau PN.



Pemerhati politik melihat kelebihan di Selangor dijangka masih memihak PH-BN dengan DAP mungkin mampu meraih 15 kerusi, diikuti PKR dengan 13 kerusi dan tiga lagi disumbangkan AMANAH, manakala BN pula diramal hanya mampu menang dua kerusi.

Baki 23 kerusi lagi diramal dimenangi PN dengan sumbangan kerusi paling banyak dijangka disumbangkan PAS dengan 12 kerusi dan BERSATU pula kurang satu kerusi berbanding sekutunya itu.


Baca Artikel Menarik:

Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?




Sementara itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian melihat gabungan PH-BN masih mempunyai kelebihan untuk menang di Selangor dengan PH mempunyai tapak sokongan kukuh di kawasan berdekatan Lembah Klang.

Bagi kawasan majoriti pengundi Melayu pula, beliau berpandangan PN dijangka dapat memperluas sokongan.

Katanya, faktor yang memberi kelebihan kepada PH-BN di Selangor, yang kemungkinan tidak dihargai ramai pengundi Melayu, adalah pelaksanaan program bantuan sosial yang meluas untuk membantu rakyat kesusahan.

“Selain itu, pentadbiran kerajaan negeri yang proaktif seperti bantuan ketika pandemik COVID-19 dan banjir. Semua ini dapat dilakukan kerana pentadbiran yang agak bersih dan kurang membazirkan dana awam.



“PH-BN juga mempunyai kepemimpinan yang dinamik di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Ada program sosial beliau dan ada pasukan yang merencanakan pelan untuk pembangunan negeri, melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1).


Baca Artikel Menarik:

Tok Mat kata bukan influenza, kempen PRN mode ON


“Semua ini dapat dilaksanakan tanpa menyisihkan mana-mana segmen masyarakat dan terus menjaga kepentingan ekonomi serta politik orang Melayu,” katanya namun mengakui margin kemenangan bagi mana-mana blok politik di Selangor masih belum dapat ditentukan dengan tepat.



“Ini kerana terdapat beberapa kawasan yang akan menyaksikan persaingan sengit. Namun, penyertaan MUDA bagi PRN di Selangor, saya lihat pengaruh parti itu masih rendah dan tidak banyak memberi impak,” katanya.

Sama ada ramalan itu boleh berubah pada minggu kedua kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini, Ibrahim berkata, ia boleh berlaku.

“Biasanya akan terdapat perubahan pada minggu terakhir, maka bergantung apa isu yang akan memberi impak kepada baki pengundi yang masih belum membuat keputusan. Lazimnya, ia berlaku dalam dua hingga tiga hari sebelum tarikh pengundian,” katanya. BH

PH-BN ada kelebihan kuasai Selangor


Baca Artikel Menarik:

 

Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker