Khairuddin sedia pertahan Sanusi jika dia rasa tak selamat
Khairuddin sedia pertahan Sanusi jika dia rasa tak selamat
Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Khairuddin Aman Razali hari ini berkata, dia bersedia membela ‘panglima perang’ PN, Muhammad Sanusi Md Nor, jika benar ahli politik terbabit benar-benar berdepan ancaman keselamatan.
Pun begitu Khairuddin menganggap isu “keselamatan” yang dikaitkan dengan menteri besar sementara Kedah itu adalah rekaan bagi mencapai tujuan politik tertentu.
Kata bekas menteri itu lagi, ketika ini PAS sedang mengembangkan naratif berkenaan isu keselamatan dan Sanusi didakwa parti terbabit sebagai sedang terancam.
“Ini adalah provokasi berniat jahat dalam saingan politik sihat untuk menarik simpati rakyat, malah mencipta kebencian terhadap lawan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malam tadi Sanusi sekali lagi tidak muncul di pentas ceramah yang dijadualkan di Kedah.
Menurut setiausaha politiknya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, pemimpin PAS berkenaan dinasihatkan agar tidak terlibat dalam ceramah untuk sementara waktu.
Katanya keputusan tersebut diambil selepas Sanusi menghadiri suatu mesyuarat yang “penting” di Kuala Lumpur dan ada pihak tertentu yang “memasang perangkap” untuknya.
Khairuddin berkata ketika ini Sanusi berdepan dengan isu dakwaan menghina Sultan Selangor serta Yang di-Pertuan Agong, manakala perbicaraan yang ditetapkan masih lama lagi.
Isu berkenaan unsur nadir bumi (REE) yang dilombong secara haram di Kedah juga, kata Khairuddin, diambil tindakan oleh pihak berkuasa mengikut undang-undang yang ditetapkan.
“Ada pun dalam pilihan raya, kita bersaing tanpa memerlukan provokasi melibatkan keselamatan seseorang.
“Jika benar berlaku (ada ancaman keselamatan ke atas Sanusi), saya sendiri akan tampil mempertahankan seseorang daripada kezaliman,” katanya.
Tambah Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno itu juga menegaskan, rakyat negara ini kian sedar dengan mainan politik pihak pembangkang.
“Rakyat semakin celik dan tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi,” katanya. Mk
Khairuddin sedia pertahan Sanusi jika dia rasa tak selamat
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai
You must be logged in to post a comment.