Faiz sedia sertai PKR
Faiz sedia sertai PKR
Muhammad Faiz Na’aman menyatakan kesediaannya menyertai gabungan parti kerajaan selepas beberapa jam mengumumkan langkahnya meninggalkan Bersatu.
Dia yang juga antara watak yang terawal dalam penubuhan Bersatu berkata, ketika ini PKR dilihat banyak memiliki persamaan dengan dasar yang diperjuangkannya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Faiz berkata dia terbuka kepada sebarang pelawaan untuk menyertai PKR, sementelah memang menghormati kewujudan parti tersebut.
“Sebab prinsip-prinsip perjuangannya ada yang kena dengan saya… banyak yang kena (sesuai), jadi saya terbukalah kepada PKR andai kata mereka dapat melihat saya sebagai aset.
“Saya pun macam ada agenda yang lebih kurang sama (dengan PKR) untuk negara dalam memulihkan ekonomi negara semua ini,” katanya.
Pagi tadi Faiz membuat pengumuman meletakkan jawatannya sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, selain memuktamadkan langkah meninggalkan parti tersebut.
Katanya keputusan tersebut dibuat secara sukarela dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
Mengulas hala tujunya selepas ini, Faiz berkata dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat dulu selain akan meneliti tawaran yang bakal diterimanya.
“Insya-Allah, saya tunggu dan lihat sebelum meneliti jika ada pelawaan.
“Saya memang dan bersedia untuk berhijrah kepada mana-mana wadah politik,” tambahnya.
Sementara itu, ditanya sama ada tindakannya meninggalkan Bersatu berpunca daripada merajuk selepas tidak dicalonkan dalam pilihan raya di enam negeri ketika ini, Faiz menafikan hal tersebut.
Sebaliknya, kata ahli politik yang menjadi pertaruhan Bersatu-PN untuk mengalahkan Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk pada PRU ke-15 Nov tahun lalu itu menjelaskan, ada banyak faktor menjadi pendorong keputusannya.
“Kalau nak kata tak dapat jadi calon itu (jadi punca), sewaktu saringan MPT untuk PRU ke-14 dulu pun saya tak dipertandingkan. Tak ada merajuk pun (kerana itu).
“Jadi, kalau nak kata semata-mata kerana tak jadi calon PRN ini saya merajuk, itu tak betul.
“Keputusan hari ini ialah gabungan pelbagai faktor yang menyebabkan saya mengambil tindakan yang berat. Bukan semudah (kerana) tidak menjadi calon saja,” katanya.
Dalam PRU ke-15 lalu Faiz menghadapi pertembungan empat penjuru. Selain Ahmad Zahid selaku penyandang, dia juga berdepan dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH) dan Tawfiq Ismail (bebas).
Ahmad Zahid berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam tangan BN, manakala Faiz hanya memperoleh 8,822 undi. FMT
Faiz sedia sertai PKR
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai
You must be logged in to post a comment.