Umno bukan musuh, bukan kafir – Murshidul Am PAS

PAS tidak menganggap Umno musuh, apatah lagi mengkafirkan mereka, kata Mursyidul Amnya, Hashim Jasin selepas tular video membabitkan seorang warga emas.

Katanya, video didakwa ahlinya “mengkafirkan Umno” itu dipergunakan pihak tertentu untuk meraih undi ketika PRN

Beliau menegaskan pendirian PAS berhubung isu “kafir-mengkafir” telah lama selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.



“Bukan pandangan PAS, jelas dah pendirian PAS dalam persoalan ini. Kita tak anggap Umno musuh. Kita nak ajak berkawan, tapi Umno tak mahu.

“Dekat PRN ni, orang boleh berlakon. Orang Umno mengaku dia PAS, tuduh Umno semua orang boleh buat, nak raih undi. Jadi, saya rasa itu tak perlu kita beri perhatian,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, tular satu video di media sosial menunjukkan kehadiran seorang wanita menemui pengundi ketika berkempen bagi calon Barisan Nasional tidak disambut baik penduduk setempat.

Dalam video itu, seorang wanita warga emas memberitahu dia tidak mahu mengundi Umno kerana “akan kafir sampai kiamat”.



Susulan itu, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam responsnya terhadap video itu menggesa kepimpinan PAS mengeluarkan arahan untuk menjernihkan keadaan bahawa rakyat yang mengundi mana-mana parti tidak sesekali jatuh kafir, apatah lagi masuk syurga atau neraka.

Mengulas lanjut, Hashim menyifatkan dakwaan kafir itu pandangan “tepi jalan” yang tidak boleh diambil kira kerana bukan dibuat kepimpinan tertinggi PAS.

“Kalau ada pimpinan, lebih-lebih lagi di peringkat pusat yang melafazkan, itu boleh kita beri perhatian. Kalau orang biasa, kadang-kadang orang boleh berlakon, dia kata PAS yang kata atau dia mengaku dia PAS, kemudian dia kata Umno kafir, saya rasa itu tak perlu diberi perhatian.”

Katanya, PAS tidak perlu mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu kerana “ia bukan pendirian PAS, kita nak seru kepada penyatuan ummah, itu agenda utama kita”.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker