Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua

Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua

Program Majlis Makan Malam Perpaduan di DUN Sungai Tua yang dihadiri Amirudin Shari menjadi kecoh setelah beberapa pengundi bertanya soalan kepada menteri besar sementara Selangor itu berhubung masalah Pangsapuri Putri Laksamana di Batu Caves, malam tadi.

Kejadian itu berlaku apabila beberapa pengundi dari kawasan tersebut cuba bertanya soalan kepada Amirudin ketika dia berjalan ke kereta setelah menghabiskan ucapan.

Salah seorang penduduk bertanya kepada Adun Sungai Tua selama tiga penggal itu berhubung keadaan pangsapuri yang didakwa teruk.

Selain mendakwa railing tangga sudah usang dan berkarat, dia juga berkata longkang di sekitar pangsapuri tidak ditutup dengan betul menyebabkan bahaya kepada penduduk khususnya warga emas.

Menjawab aduan penduduk berkenaan, Amirudin meminta dia merujuk kepada badan pengurusan bersama (JMB) pangsapuri tersebut.


Baca Artikel Menarik:

PH-BN ada kelebihan kuasai Selangor


Tidak puas hati dengan jawapan Amirudin, individu itu berkata Pengerusi JMB merupakan penganjur program pada malam itu dan isu tersebut telah berlarutan selama 10 tahun.

Dia juga bertanya mengapa Amirudin tidak turun ke kawasan tersebut selama 10 bulan selepas menjadi ahli parlimen Gombak.

Namun Amirudin sekali lagi meminta dia merujuk kepada JMB supaya isu pangsapuri itu diselesaikan.

“Isu ini kena bawa ke JMB dulu,” katanya sebelum terus berjalan ke kereta.

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila beberapa ahli PKR cuba menahan individu tersebut bersama beberapa orang lain yang terus bertanya soalan kepada Amiruddin.


Baca Artikel Menarik:

Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?


“Saya hari ini membangkitkan isu ini bagi pihak semua penduduk pangsapuri Putri Laksamana.

“Apa guna ada MB sedangkan isu 10 tahun tidak dapat diselesaikan,” kata individu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nesh.

Nesh juga meminta orang ramai yang hadir program itu mengundi calon Bebas yang merupakan penduduk daripada kawasan tersebut.

Amirudin berdepan saingan tiga penjuru daripada calon PN, Muhammad Hanif Jamaluddin dan Suman Gopal yang bertanding atas tiket Bebas di DUN Sungai Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos ini.

Pangsapuri Putri Laksamana mempunyai lima blok dengan anggaran 400 penghuni terdiri daripada Melayu, Cina dan India.


Baca Artikel Menarik:

Tok Mat kata bukan influenza, kempen PRN mode ON


Hanya 8 orang bayar yuran penyelenggaraan

Pengerusi JMB, A Ragunathan ketika ditemui kemudian berkata masalah di pangsapuri tersebut berpunca daripada sikap penduduk yang tidak membayar yuran penyelenggaraan.

“Kebanyakan penduduk di sini tidak membayar yuran penyelenggaraan khususnya penduduk Blok A. Daripada jumlah 80 penghuni di situ hanya lapan yang bayar yuran RM30.

“Penduduk di situ adalah punca masalah di blok mereka. Kita hanya boleh membuat penyelenggaraan jika bayar yuran.

“Baru-baru ini MB memberi peruntukan untuk membuat penyelenggaraan blok A. Jadi, tidak benar MB tidak menyelesaikan isu ini,” katanya.

A Ragunathan yang dilantik sebagai pengerusi JMB ketika fasa Covid-19 berkata, kekecohan tersebut merupakan drama politik yang sengaja dicetuskan untuk mencemarkan nama baik menteri besar.


Baca Artikel Menarik:

Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir


Bagaimanapun, Nesh tetap tidak bersetuju dengan penjelasan pengerusi JMB itu dan membawa wartawan Malaysiakini untuk melawat pangsapuri tersebut.

Antara lain dia menunjukkan keadaan air berbau busuk dari tangki septik. Beberapa penduduk juga mengadu keadaan tandas di rumah mereka pernah tersumbat.

Ketika ditanya, Nesh mengakui terdapat penduduk tidak membayar yuran penyelenggaraan.

“Saya setuju. Tapi, apa hak saya sebagai penduduk yang membayar yuran. Adakah saya perlu menerima nasib yang sama hanya kerana orang lain tidak bayar yuran.

“Saya nak bertanya berapa jumlah yang perlu untuk menyelesaikan isu ini. Tak sampai RM500,000. Selaku Adun Sungai Tua, Ahli Parlimen Gombak dan menteri besar Selangor, Amiruddin boleh menyediakan peruntukan dalam sekelip mata.

“Tapi dia tidak berbuat demikian hanya kerana kebanyakan penduduk di sini adalah dari B40. Jadi, mereka berfikir mengadakan program macam hari ini seperti jamuan makan malam sudah mencukupi untuk meraih undi.

“Sebab itu, tadi saya meminta penduduk di sini mengundi calon Bebas merupakan anak tempatan yang mungkin memahami masalah kita,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker