Taikun dalam radar SPRM

Taikun dalam radar SPRM

Beberapa tokoh perniagaan yang memiliki syarikat pengedar kereta mewah kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa keluar kenderaan itu dari Langkawi untuk pengurangan duti secara tidak sah.

Menurut sumber, SPRM sudah mengenal pasti individu terbabit dan pekerjanya yang dipercayai bersubahat membeli kereta mewah itu sebelum dijual semula.



“Siasatan SPRM dipercayai syarikat terbabit bersama pekerjanya membuat dokumen baru kenderaan mewah itu dan berselindung di sebalik perniagaan mereka yang memiliki lesen sah mengedar kereta mewah terbabit.

“Mereka ini dalam radar SPRM dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber berkata, turut berada dalam radar SPRM adalah tokoh perniagaan terkenal yang memiliki syarikat pengedar kereta mewah.

“Individu terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat bagi dirakam keterangan, difahamkan ketika ini dia berada di luar negara.



“Siasatan masih berjalan bagi mengembalikan semula cukai kerajaan yang dilarikan sindiket sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian jutaan ringgit,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini mendedahkan sebanyak 100 kenderaan mewah termasuk McLaren dan Ferrari yang dibawa keluar dari Langkawi ‘diburu’ SPRM.

Kenderaan itu sedang dicari dalam operasi khas SPRM yang dijalankan selepas pemiliknya dipercayai bersekongkol dengan sindiket untuk membawa keluar kereta itu dari Langkawi dengan mendapat pengurangan duti kereta mewah secara tidak sah.

Siasatan SPRM mendapati ada 100 kenderaan mewah yang berada di atas jalan raya di seluruh negara selepas dibawa keluar dari Langkawi oleh sindiket terbabit.



Hasil operasi itu, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga RM33 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai berkata, kes disiasat masih dalam siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dua gigit jari RM1 juta lebur diperdaya sindiket pelaburan

Seremban: Janji bakal dilimpahi ‘hujan wang’ menyebabkan dua individu rugi lebih RM1 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.



Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima dua laporan polis membabitkan penipuan pelaburan terbabit, Isnin lalu.

“Kes pertama membabitkan seorang wanita berusia 44 tahun yang kerugian RM621,800 dengan laporan dibuat di Balai Polis Bahau, Jempol.

“Berdasarkan laporan, pada 16 Mac lalu, mangsa yang juga pekerja syarikat swasta melihat profil yang menawarkan pelaburan emas ketika melayari aplikasi TikTok sebelum menghubungi pemilik akaun terbabit,” katanya pada kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pemilik akaun memberitahu mangsa bahawa pelaburan yang dijalankan menawarkan pulangan lumayan menyebabkan mangsa berminat untuk melabur.



“Mangsa kemudiannya membuat 27 transaksi berjumlah RM621,800 dan hanya memperoleh pulangan RM20,000. Selepas itu dia tidak mendapat sebarang pulangan,” katanya.

Menurut beliau, kes kedua diterima di Balai Polis Paroi yang mana mangsanya, wanita berusia 63 tahun, kerugian RM500,000.

“Ahli keluarga warga emas itu memperkenalkan satu syarikat pelaburan di ibu negara pada Jun 2020. Mangsa bersetuju untuk menyertai pelaburan ini dengan dijanjikan keuntungan antara 15 hingga 17 peratus sebulan selama tiga tahun.

“Mangsa menyerahkan RM500,00 sebelum menerima pulangan RM6,250 sebulan selama enam bulan yang dimasukkan ke akaun banknya,” katanya.



Bagaimanapun, bermula Januari 2021 sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan selain mendapati syarikat berkenaan ditutup.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. HM

Taikun dalam radar SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker