Doktor jumpa guli melekat pada kaki kucing

Tangkap layar sebiji guli yang berjaya dikeluarkan dari paha kucing tersebut.

Pelbagai tanda tanya timbul dalam kalangan penonton selepas melihat perkongsian video yang memaparkan sebiji guli didapati melekat di dalam kulit seekor kucing.

Menurut perkongsian Klinik Vet dan Surgeri Rembau di TikTok, kucing berkenaan telah dihantar oleh tuannya untuk dimandulkan.

“Kucing ini datang nak mandul. Semasa buat pemeriksaan keseluruhan, kita perasan ada benda asing melekat di kakinya.

“Kita berjaya keluarkan dan rupanya ia adalah guli. Pastikan periksa anak bulus anda,”ujarnya di kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, sebahagian penonton tidak menolak kemungkinan kucing berkenaan sebelum ini telah dilastik atau ditembak menggunakan senapang angin peluru guli.

“Rasanya kena lastik sebab ayam ayah saya pernah kena. Lepas siap masak, tengah makan ada guli dalam paha ayam,” jelas Salehamasvira.

“Mungkin dia pernah kena tembak dgn senapang angin peluru guli,”kata Azeeka89.

“Orang tembak atau lastik hingga luka. Luka sembuh tapi guli tu masih di dalam. Kesian dia,” kata @amer.co.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker