Musa bidas Mahathir: Bukan main monopoli

 

PETALING JAYA: Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bukanlah sekadar satu pekerjaan, sebaliknya menurut bekas TPM dari 1981 hingga 1986, Tun Musa Hitam, ia adalah amanah yang harus dipertanggungjawabkan dan bukan seperti bermain permainan monopoli.

Musa yang kini Pengerusi World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) berkata demikian sebagai bidas ken­yataan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu.



Dalam wawancara itu, Dr. Mahathir mendakwa tindakan beliau memecat Musa dari jawatan TPM pada 1986, dibuat susulan Musa yang berkonspirasi de­ngan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjatuhkan dirinya adalah seperti permainan monopoli.

Dr. Mahathir mendakwa, Musa merancang gerakan bersama Tengku Razaleigh di Davos, Switzerland bagi menjatuhkan beliau dari kerusi Perdana Menteri, namun gerakan itu gagal dan Musa dipecat sehingga ‘hilang pekerjaan’.

Membidas pembohongan itu, Musa berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan tersebut, kerana ini bukan kali pertama Dr. Mahathir bertindak sedemikian.

“Tun Mahathir sebut dalam wawancara bersama kamu (Mingguan Malaysia), saya hilang pekerjaan lepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Sebenarnya pada saya ini (jawatan TPM) bukan pekerjaan, tapi ini satu amanah.



Isu lompat: Wan Saiful suruh Mahathir ‘move on’

“Saya bukan buat benda ini macam nak main-main monopoli, saya tak macam orang lain keluar masuk parti ikut suka. Dan kalau saya kata saya nak bersara, saya bersara betul-betul tak nak masuk dah.

“Pertama pasal Davos, apa yang disebut Tun Mahathir dalam wawancara itu tak pernah berlaku. Apa berlaku sebenarnya ialah Tengku Razaleigh yang datang jumpa saya dan dia tanya, kamu nak bertanding tak lawan Mahathir? Kalau kamu tak mahu bertanding, saya nak, kata Tengku Razaleigh.



“Jadi saya kata, Li saya tak mahu lawan Tun Mahathir, saya nak pertahankan jawatan saya iaitu Timbalan Perdana Menteri sahaja, saya tak mahu lawan Tun Mahathir. Waktu itu, Ku Li datang ke pejabat saya, dalam bilik saya dia bertanya dan saya jawab, saya tak mahu lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Pada masa sama, Musa menyelar kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa kononnya atas sifat ihsan, beliau menghantar Musa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai wakil Malaysia ‘bertaraf menteri’.

Katanya, beliau diterima ke PBB kerana memang memiliki kelayakan, malah ia terbukti apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB pada 1995.

“Sebenarnya saya dapat ke PBB sebab saya layak dan bukanlah seperti dakwaan Tun Mahathir,” katanya.



Pada masa sama, beliau menafikan kenyataan Dr. Mahathir kononnya beliau yang mempromosikan idea MM (Mahathir-Musa), sebaliknya mendakwa idea itu dicetuskan pihak lain dan beliau langsung tiada kena mengena mempromosikannya. – UTUSAN

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



“Orang kata saya kaya” – Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker