Umno akan buktikan Tuan Ibrahim salah – Rafizi

Umno akan buktikan Tuan Ibrahim salah – Rafizi

Umno akan membuktikan ramalan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkait “makan kawan” adalah salah, kata Rafizi Ramli.

Timbalan presiden PKR itu berkata Umno memahami kepentingan kerjasama, terutama dalam melakukan reformasi ekonomi yang melancarkan pentadbiran kerajaan perpaduan.

“Itulah sebabnya kami boleh melakukan semua ini dengan pantas, perkara yang tidak boleh dilakukan sebelum ini kerana tidak ada politik sangat dalam kerajaan perpaduan, ia benar-benar untuk bekerja.

“Ramalan Tuan Ibrahim akan dibuktikan salah satu hari nanti,” kata Rafizi kepada pemberita selepas melancarkan program “Academy in Industry” (AiI).

Malam tadi, ketika berceramah di Lenggeng, Negeri Sembilan, Tuan Ibrahim berkata Umno akan mengkhianati kawannya apabila parti itu berkuasa.

Beliau merujuk tindakan Umno menarik sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin ketika menjadi perdana menteri, dan melakukan undi tidak percaya kepada Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak.

Rafizi berkata, beliau tidak menjangkakan sesuatu luar biasa daripada Tuan Ibrahim kerana pembentukan kerajaan perpaduan mengejutkan pembangkang.

“Mereka beranggapan apabila bekerjasama dengan Umno (dalam kerajaan perpaduan) akan berpecah, seperti mana cubaan mereka dalam Muafakat Nasional sebelum ini, namun perkara cukup berbeza berlaku.

“Kerajaan perpaduan wujud sebagai tanggungjawab kepada negara, kami terpaksa telan maruah masing-masing. Kami semua kena melupakan masa lalu dan fokus kepada masa hadapan,” katanya.

Rafizi berkata, setiap komponen kerajaan perpaduan memahami masa depan politik bukannya “zero-sum game” antara parti politik, sambil merujuk kelincinan rundingan kerusi menjelang PRN 12 Ogos.

“PN bergelut memuktamadkan rundingan kerusi mereka, ada bantahan sana sini, anda tidak melihat ia berlaku dalam parti kerajaan perpaduan kerana bukan lagi mengenai kepentingan individu dalam parti.”

Katanya, tempoh persefahaman politik akan berterusan sehingga “negara kembali bangkit”, di mana terpulang kepada parti lain memutuskan sama ada untuk bersaing antara satu sama lain.

“Apabila kita sampai di peringkat itu, saya rasa Umno, PKR, DAP, Pakatan Harapan atau Barisan Nasional faham rakyat menyokong parti yang berprestasi dan bekerja,” katanya. FMT

Umno akan buktikan Tuan Ibrahim salah – Rafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker