Resah dengan kritikan ahli, Takiyuddin arah hentikan segera komen isu dalaman parti
Resah dengan kritikan ahli, Takiyuddin arah hentikan segera komen isu dalaman parti
PAS mengingatkan agar ahli parti itu “segera” menghentikan sebarang tindakan memberi kenyataan umum yang boleh menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata larangan itu membabitkan sebarang urusan dalaman parti, dan melalui apa saja saluran yang ada.
Katanya larangan kenyataan tersebut juga meliputi isu pemilihan calon PAS-PN.
Kata Takiyuddin semua ahli PAS perlu faham bahawa proses pemilihan calon bagi mewakili PAS dibuat mengikut ketetapan yang jelas diperuntukkan dalam perlembagaan parti, bukannya hasil desakan atau tekanan mana-mana pihak.
Ia juga tambah ahli parlimen Kota Bharu itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua peringkat dalam PAS.
“Justeru sebarang kenyataan yang berupa sedemikian – lebih-lebih lagi yang membawa risiko sokongan kepada PAS-PN perlu dihentikan segera bagi mengelakkan pihak berkuasa tatatertib parti terpaksa menjalankan prosidingnya,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.
PAS bersama PN bakal menyertai PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Pemilihan calon dilihat antara isu yang menjadi duri dalam daging di sesetengah tempat, khususnya membabitkan kawasan PAS yang ditandingi calon dari parti komponen PN.
Guna saluran dalaman
Antara yang paling menonjol ialah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas yang diberikan kepada Presiden Gerakan Dominic Lau.
Menjelang pengumuman calon bagi kawasan itu pemimpin PAS di peringkat negeri dan cawangan sudah menyatakan bantahan mereka, khususnya apabila DUN tersebut merupakan kawasan majoriti Melayu.
Rasa tidak puas hati PAS setempat juga dapat dikesan melalui beberapa hantaran yang dibuat – sama ada secara langsung atau berkias – di pelbagai platform media sosial.
Persaingan di DUN Ayer Hangat juga menyaksikan seorang ahli PAS menjadi calon bebas di situ selepas tidak berpuas hati apabila wakil Bersatu yang terpilih.
PAS-PN sudah menyatakan keyakinan mereka untuk memenangi semua enam negeri yang terbabit dalam PRN kali ini.
Arahan mengekang ahli daripada membuat kenyataan yang dikeluarkan semalam bukanlah kali pertama dibuat PAS.
Pada 27 Julai lalu peringatan sama juga dikeluarkan Takiyuddin serta Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Takiyuddin berkata Sebarang persoalan atau rasa tidak puas hati berkaitan pertikaian dalaman ahli PAS perlu disuarakan mengikut saluran yang ada pada pertubuhan tersebut.
“Sebagai sebuah parti arus perdana, PAS bersama rakan-rakan gabungan dalam PN yakin akan terus diberikan mandat dalam PRN ini untuk mara berkhidmat kepada negara dan rakyat jelata,” katanya. Mk
Resah dengan kritikan ahli, Takiyuddin arah hentikan segera komen isu dalaman parti
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
You must be logged in to post a comment.