Mana perancangan ekonomi PN?

Mana perancangan ekonomi PN?

Perikatan Nasional (PN) didakwa tiada rancangan untuk meningkatkan ekonomi di negeri pernah ditadbirnya, kata Ahli Parlimen Subang dari PKR, Wong Chen.

“Kami (kerajaan perpaduan) menurunkan inflasi kepada 2.4% dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan, (tetapi) adakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ada rancangan ekonomi sendiri? Adakah mereka (PN) ada sebarang rancangan?



“Mereka bercakap tentang harga ayam, ini dan itu, tetapi adakah mereka pernah beritahu anda apa yang mereka akan lakukan? Tak, mereka tidak,” katanya pada Jelajah Madani di Sungai Tua malam tadi.

Beliau berkata, PN khasnya PAS tiada keupayaan menangani kadar kemiskinan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di negeri ditadbirnya.

Beliau memetik KDNK Selangor berjumlah RM430 bilion, 14 kali lebih tinggi daripada Kelantan sebanyak RM30 bilion.

“Pada PRN 12 Ogos, tuan-tuan dan puan-puan, anda perlu tanya diri, adakah anda mahu ekonomi Selangor menyusut 14 kali ganda? Jika tidak, tolak PN dan undi Pakatan Harapan serta kerajaan perpaduan.” FMT



Mana perancangan ekonomi PN?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker