Sanusi bawa 2000 penyokong tegar dalam proses penamaan calon

SIK: Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik kira-kira jam 9.10 pagi untuk mengemukakan pencalonannya bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).

Kehadiran beliau diiringi kira-kira 2,000 penyokong. Sanusi melambai tangan ketika sampai di lokasi, gaya beliau itu seakan-akan sama seperti gambar ikonik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika gerakan reformasi.

Muhammad Sanusi dijangka akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.



Bagi calon DUN Belantek, calon PN Ahmad Sulaiman dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Mazli Saipi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan calon PH Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.

DUN Jeneri mempunyai lebih 35,079 pengundi dengan lebih 90 peratus daripada pengundi adalah Melayu.

Kerusi Belantek disandang PAS, Datuk Mohd Isa Shafie yang menewaskan penyandang BN, Datuk Mohd Tajudin Abdullah dan calon PH Abdul Rashid Abdullah dengan majoriti 2,574 undi.



Mohd Isa meninggal dunia pada 14 Jun lalu dipercayai akibat jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Kerusi itu mempunyai 28,006 pengundi dengan lebih 90 peratus pengundi adalah Melayu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker