Penamaan calon PRN enam negeri pagi ini jadi tumpuan seluruh negara

SHAH ALAM – Proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) akan berlangsung serentak di enam negeri hari ini.

Sebanyak 173 pusat penamaan calon dibuka di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Proses tersebut akan berlangsung selama sejam mulai 9 pagi.



Susulan itu, beberapa amaran telah dikeluarkan pihak berkuasa sebagai peringatan kepada penyokong calon mahupun parti bertanding agar tidak menimbulkan provokasi yang boleh mengganggu perjalanan proses penamaan calon.

Seperti kelaziman berlaku pada pilihan raya umum (PRU) mahupun pilihan raya kecil (PRK), kehadiran calon bebas dijangka akan menarik perhatian ketika proses berlangsung.

Selain pemimpin politik, individu berpengaruh seperti artis antara muka-muka yang kemungkinan memberi kejutan hari ini.

Namun adakah wujud elemen kejutan tersebut? Ia hanya akan terjawab setelah tempoh penamaan calon berakhir.



Dalam pada itu, proses penamaan calon dijangka akan tertumpu di Pusat Penamaan Calon Dewan Mutiara Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ketiga-tiga pemimpin itu dijadualkan menyertai Perarakan Perpaduan Gombak bermula di Jambatan Sungai Chinchin, Gombak untuk ke pusat penamaan calon tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker