Perjanjian di alam roh
Perjanjian di alam roh
Seorang ayah mahupun ibu tatkala berhadapan dengan situasi cemas, akan pasti mengharapkan pertolongan luar biasa daripada Tuhan, agar si anak kembali membuka mata sekalipun dalam hidup mereka, Tuhan tiada dalam kamus kehidupan.
Itulah fitrah (tabiat semula jadi) manusia, yang sebenarnya mengakui akan kewujudan Allah, Tuhan yang Esa! Lantas tidak hairanlah, dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda,
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Ternyata kalimah Islam tidak tertera dalam hadis berkenaan. Mengapa? Jawapannya mudah, fitrah setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini adalah Islam. Hal ini berdasarkan pengakuan yang telah dibuat sejak berada di alam roh sebagaimana yang diceritakan di dalam surah al-A’raaf: 172,
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.
Hanya kerana apabila pengaruh dan janji syaitan kepada Tuhan untuk menyesatkan manusia di muka bumi ini, maka lahirlah pelbagai perkara yang bersifat menyekutukan Allah! Sekali gus mewujudkan kepelbagaian watak manusia, baik atau jahat!
Hakikat ini juga diceritakan di dalam surah as-Syams ayat 8-10,
“Allah mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih) dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang menjadikan dirinya – yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Sementara itu dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim turut menyebut hal yang sama. Daripada `Iyadh bin Himar, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku dalam keadaan hanif (lurus). Maka datanglah syaitan-syaitan kepada mereka, lalu menyimpangkan mereka daripada agamanya dan mengharamkan bagi mereka apa yang telah Aku halalkan bagi mereka.”
Justeru jika ada yang berkata, kejahatan seseorang itu terhasil daripada fitrah yang datang seiring ketika dilahirkan, lahirnya dia di muka bumi ini, ia satu kesilapan yang amat besar.
Sebaliknya mereka terlupa, itulah peranan nafsu yang melingkari kehidupan manusia. Lantas tidak hairanlah, Allah sering mengingatkan,
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A’raf: 200)
Berbicara soal fitrah, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Latifah Abd. Majid mengakui, fitrah sebenarnya sifat batiniah dan kebaikan yang diwujudkan oleh Allah kepada makhluknya sebelum dilahirkan lagi. Sekali gus menolak apa jua keburukan mahupun kemaksiatan yang wujud.
Hal ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Ibnu Katsir yang menjelaskan, manusia sejak awal diciptakan Allah adalah dalam keadaan tauhid, beragama Islam dan berpembawaan baik dan benar.
Pun begitu sejauh mana fitrah itu akan terus kekal dalam diri seseorang, di sinilah nafsu memainkan peranan.
Latifah menegaskan, salah satu fitrah yang ditanamkan dalam jiwa manusia ialah naluri untuk berkasih sayang. Ia tidak hanya berlingkar pada persoalan sesama manusia. Sebaliknya apabila Allah menyebut,
“(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu”. (Rum: 30)
Ia bermaksud, fitrah manusia untuk mencintai Rabbnya dan kembali kepada Penciptanya lebih-lebih lagi apabila mereka berada dalam situasi kesengsaraan mahupun kesempitan.
Namun ujar Latifah lagi, kesempitan pemikiran masyarakat sekarang, yang hanya menjuruskan sayang itu hanya pada perkaitan berlainan jantina, maka itulah yang menyebabkan sesuatu kebaikan itu rosak dek pengaruh nafsu yang tidak dikawal dengan akal yang sihat.
Lantas fitrah yang awalnya baik, membawa kepada kerosakan hati sehingga mencalarkan maruah diri dan agama. Justeru ilmu memainkan peranan yang penting dalam mencegah kemungkaran,” katanya sambil membawa maksud firman Allah ,
“Allah mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih) dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang menjadikan dirinya – yang sedia bersih-itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (as-Syams: 8-10).
Utv
Perjanjian di alam roh
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun