Sanusi bagi alasan tak mau berdebat dengan Rafizi

Sanusi bagi alasan tak mau berdebat dengan Rafizi

Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menolak cabaran Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk berdebat secara langsung ketika kempen PRN nanti.

Sanusi berkata perdebatan tersebut tidak akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.



“Suruh (Rafizi) jaga Kementerian Ekonomi elok-elok, guna formula-formula ajaib yang dia selalu cakap itu.

“Kenapa nak sibuk berdebat, PRN ini bukan untuk pilih menteri ekonomi. Nak pilih kerajaan negeri saja.

“Keadaan ekonomi negara kritikal sekarang, debat dengan saya tak akan ubah kedudukan ekonomi negara,” katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi yang merupakan menteri ekonomi dilaporkan mencabar Sanusi untuk berdebat dengannya, dan menyifatkan sebagai Sanusi sebagai pemimpin pembangkang paling berani pada masa ini.



Rafizi dan Sanusi adalah pengarah pilihan raya untuk parti masing-masing.

Menurut Harian Metro, Rafizi berkata cabaran itu bagi memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat, berbanding tumpuan kepada retorik “siapa yang lebih Melayu”.

“Saya dah bentangkan satu perkara yang mudah saja, macam mana kita nak tukar solar dan atap nak bantu rakyat. Saya nak tunggu daripada PN apa idea mereka, idea konkrit macam mana nak bantu rakyat,” katanya seperti dipetik.

Rafizi juga berkata dia memberikan Sanusi kebebasan untuk memilih topik perdebatan asalkan ia melibatkan isu ekonomi – seperti pembinaan lapangan terbang dan kebajikan golongan miskin.



Debat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tempoh dua minggu kempen dan merupakan cara terbaik untuk “menutup mulut” Sanusi daripada memperlekehkan lawan politiknya, kata Rafizi.

Sementara itu Sanusi mendakwa permintaannya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditolak kerana “angkuh”.

“Siapa yang angkuh? Peruntukan wajib kepada kerajaan negeri (daripada kerajaan persekutuan) pun dikatakan sebagai bantuan pusat kepada negeri,” katanya.

Dia merujuk kenyataan Rafizi dua minggu lalu yang mendakwa PN mendapat manfaat daripada pelaburan kerajaan persekutuan di Taman Teknologi Tinggi Kulim.



Menjawab dakwaan kerajaan persekutuan menganaktirikan Kedah, Rafizi mendakwa 80 peratus daripada hasil kerajaan negeri itu adalah daripada kawasan bandar dan perindustrian sekitar taman teknologi tersebut. Mk

Sanusi bagi alasan tak mau berdebat dengan Rafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker