Pasar raya ayam tebuk leher disahkan tiada sijil halal

Pasar raya ayam tebuk leher disahkan tiada sijil halal

Sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting dekat sini diperiksa susulan penularan ayam tebuk yang didakwa mempunyai sijil halal, semalam.

Pemeriksaan itu dilakukan Seksyen Penguatkuasaan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).



Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Katanya, premis itu juga didapati melakukan penyalahgunaan logo halal Malaysia kerana mempamerkan logo tanpa memiliki SPHM yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda tidak melebihi RM200,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Jelas beliau, ketika ini terdapat sembilan skim pensijilan halal yang ditawarkan oleh Jakim termasuk skim produk makanan dan minuman, premis makanan, kosmetik, farmaseutikal, barang gunaan, logistik, rumah sembelihan, pengilangan kontrak dan peranti perubatan.

Justeru, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa membeli barang keperluan harian dengan mengutamakan produk-produk yang mendapat pensijilan halal.

“Sebarang keraguan mengenai status atau logo halal pada produk atau premis, bolehlah membuat semakan terus melalui portal halal Jakim.

“Aduan juga boleh dibuat kepada Seksyen Penguatkuasaan Halal JAIS di talian 03-5514 3726/3760 atau talian hotline 011-5582 0212 sekiranya terdapat sebarang penyelewengan status halal dan penyalahgunaan logo halal,” katanya.



Terdahulu tular di media sosial berhubung ayam tebuk leher yang dijual di sebuah pasar raya yang dikatakan mempunyai sijil halal sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai. K Online

Pasar raya ayam tebuk leher disahkan tiada sijil halal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker