Calon parti MUDA untuk DUN Repah ‘kalah’ sebelum berjuang

Salah seorang calon Muda yang namanya diumum untuk mencabar di kerusi Repah di Negeri Sembilan hari ini menarik diri daripada persaingan tersebut.

Walaupun Muhammad Noriswan Ishak sebelum ini diputuskan bakal mewakili Muda di kerusi tersebut, Muda memberitahu, jawatankuasa pemilihan parti itu memutuskan dia menarik diri atas “sebab-sebab peribadi.”

“Kami berterima kasih kepada Noriswan atas kerjasama yang telah diberikannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata kenyataan dikeluarkan jawatankuasa terbabit.



Sebelum ini pemuda berusia 32 tahun itu mengumumkan dia akan kempen dengan tumpuan untuk menambah baik kemudahan penjagaan kesihatan, menangani dan menyelesaikan isu tempatan dan menyokong perniagaan tempatan untuk merangsang pertumbuhan di daerah itu.

Kenyataan hari ini tidak menyebut sama ada parti itu bercadang untuk meletakkan calon lain di tempat Repah.

Bagaimanapun nama Noriswan menjadi perhatian ekoran kemunculan video lama yang dianggap kontroversi selepas pencalonannya diumumkan.

Video pada 2021 yang dimuat naik oleh Noriswan di TikTok menunjukkan dia meratapi kekurangan tempat letak kereta di pusat beli-belah serta kemunculan seorang rakan yang berlakon seperti orang kurang upaya bagi membolehkan mereka menggunakan parkir khas di situ.



Noriswan kemudian memohon maaf selepas video itu dikecam teruk dan mendakwa tujuan asal mereka ialah untuk untuk mempersendakan orang lain yang berpura-pura menjadi OKU untuk mendapatkan parkir.

Susulan insiden itu Muda mengumumkan bahawa semua calon Muda dan pemimpin parti terbabit akan menghadiri kursus bagi meningkatkan kepekaan terhadap golongan OKU.

Pertandingan di Repah dijangka menyaksikan pertembungan di antara Veerapan Superamaniam dari DAP-PH selaku penyandang dan akan dicabar calon dari Gerakan-PN, Yong Li Yi.

Pada PRU ke-14 lima tahun lalu Veerapan mengekalkan kerusi tersebut buat kali ketiga dengan dengan majoriti 4,758 undi dengan mengetepikan cabaran daripada Koh Kim Swee (MCA) dan Abdul Razakek Abdul Rahim (PAS).



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker