Zeti dakwa BNM sediakan banyak bukti 1MDB, tetapi ‘Tiada Tindakan Lanjut’

 

KUALA LUMPUR: Walaupun terdapat bukti yang terlalu banyak, Jabatan Peguam Negara (AGC) di bawah kendalian Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengklasifikasikan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ (NFA).

Demikian ditegaskan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika membacakan pernyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.



Menurut beliau, walaupun BNM telah menulis surat kepada AGC agar mempertimbang semula keputusan NFA yang dibuat pada 11 September 2015, jabatan itu tidak memberikan sebarang maklum balas.

Selain itu Zeti memberitahu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang mengarahkan penubuhan petugas 1MDB pertama bagi menyiasat penyelewengan itu juga telah ditamatkan perkhidmatan.

“Tiada lagi mesyuarat petugas khas diadakan selepas AGC diambil alih oleh Tan Sri Mohamed Apandi. Pada 5 Ogos 2015, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa pasukan petugas 1MDB tidak lagi diperlukan.

“Setiap agensi pihak berkuasa boleh melakukan siasatannya tersendiri berdasarkan peruntukan undang-undang masing-masing.



“Pada 13 Ogos 2015, BNM telah menyerahkan Kertas Siasatan kepada AGC dengan cadangan agar pendakwaan dibuat terhadap 1MDB dan pegawai-pegawai kanan 1MDB. Berkait dengan akaun Najib, BNM telah memberikan segala maklumat relevan kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Walaupun dengan segala bukti yang banyak dikumpulkan oleh BNM dan direkodkan dalam kertas siasatan, AGC atas alasan yang tidak diketahui, pada 11 September memutuskan bahawa kertas siasatan BNM diklasifikasikan sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’,” katanya.

Terdahulu, Zeti ketika membaca pernyataan saksinya mendedahkan BNM pada 13 Mac 2015 telah menerima maklumat rahsia daripada pihak berkuasa luar negara berkaitan entiti luar yang telah memindahkan sejumlah besar wang kepada satu entiti di negara mereka yang dimiliki oleh ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Pada 20 Mac 2015, BNM memulakan pemeriksaan ke atas AmBank dan Deutsche Bank Malaysia Berhad (DBMB) untuk mengesahkan dakwaan bahawa 1MDB memindahkan AS$700 juta daripada dana AS$1 bilion kepada sebuah syarikat milik persendirian.



Beliau berkata wang itu diperuntukkan bagi pemerolehan 40 peratus saham dalam 1MDB Petrosaudi Limited dan British Virgin Island (JV Co.), begitu juga dana 1MDB lain ke akaun Good Star Limited (GSL) dan bukannya ke akaun JV Co.

“Berikutan kelulusan penghantaran dana untuk pelaburan itu, sejumlah AS$700 juta daripada dana berkenaan  sebaliknya dikeluarkan daripada 1MDB ke akaun Good Star Limited (GSL) melalui Deutsche Bank.

“Hanya ketika pemeriksaan dibuat, adalah disahkan bahawa dana yang dibayar kepada Good Star Limited adalah dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho,” katanya.

Selepas segala siasatan dibuat, pada 21 April 2015, beliau telah bertemu dengan Abu Kassim untuk mendedahkan penemuan itu termasuk maklumat yang mengesahkan bahawa Low pemilik benefisial akaun GSL yang menerima AS$700 juta daripada 1MDB pada 30 September 2009.



Maklumat itu kemudian dikongsikan dengan Abdul Gani yang kemudiannya menubuhkan Pasukan Petugas 1MDB pertama yang turut disertai Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan SPRM.

Pada 14 Ogos 2015, BNM dengan menggunakan bidang kuasanya telah membatalkan tiga kebenaran pembayaran luar negara yang diberikan kepada 1MDB dan memerintahkan syarikat terbabit untuk mendapatkan semula kesemua dana yang telah disalurkan ke luar negara secara salah.

“Siasatan BNM dalam kes ini bertujuan untuk memberikan keadilan kepada undang-undang yang dilanggar oleh 1MDB berhubung transaksi luar negaranya dan bagi memelihara integriti fungsi sistem kewangan negara,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker