Hanya Ucapan Terima Kasih Mampu Diungkap – Bapa Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

Hanya Ucapan Terima Kasih Mampu Diungkap – Bapa Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

ALOR GAJAH: Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan oleh Tai Seng Fui, 63, apabila empat ahli keluarganya berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), walaupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Sebagai ayah kepada Tan Chang Lin, 35, beliau berkata dirinya masih dalam proses menerima hakikat kehilangan anak lelaki, menantu serta dua cucunya sekelip mata, selepas menjadi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang berlaku pada Jumaat lepas.



Terdahulu, jasad Tan dan isterinya Yu Siew Pay, 34, serta dua anaknya Tai Jing Key, 7, dan Tai Jing Rou, 4, dibawa pulang ke Melaka dari Hospital Sungai Buloh sekitar 11.32 pagi semalam.

Jasad empat sekeluarga itu seterusnya di bawa ke Taman Peringatan Huai En, Jelutong, Batu Berendam bagi upacara pembakaran dan abunya dijangka dibawa pulang ke kediaman waris di Taman Machap Indah esok untuk penghormatan terakhir sehingga 29 Dis ini, sebelum disimpan di Taman Peringatan Eternal Berhad, Selandar, Jasin.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hadir menziarahi kedua-dua keluarga mangsa dengan diiringi Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin dan Naib Pengerusi PKR Melaka Ginie Lim Siew Lin.

Tun Mohd Ali dan meluangkan masa hampir satu jam berjumpa dan bertanya khabar kedua-dua keluarga di samping turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.– BERNAMA



Hanya Ucapan Terima Kasih Mampu Diungkap – Bapa Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker