Kes amang seksual PU Azman, Bro Fisdaus hanya takut ‘azab Allah’

Saksi ke-10, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Fung menegaskan dia bukanlah seorang yang berani sebaliknya hanya ingin membantu mangsa yang dizalimi kerana takut dengan azab Allah.

Firdaus Wong yang terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) dalam prosiding perbicaraan hari keempat kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman berkata, secara kebetulan ini kali kedua dia menjadi saksi bagi kes melibatkan penceramah selebriti selepas kes Ebit Lew.

Beliau yang menjadi penceramah sejak 10 tahun lalu serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan terutama dakwah dan mualaf turut tidak bersetuju dengan kenyataan penceramah bebas, Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki yang mengatakan beliau dirujuk dalam kes itu kerana berani dan mempunyai hubungan kuat dengan pihak berkuasa.



Beliau berkata demikian di hadapan Hakim, Datin Surita Budin bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly berhubung kenyataan Isfadiah semalam.

“Saya tidak tahu dan tidak berani puji diri sendiri dan dalam kenyataan Sembang Viral di sebuah rancangan televisyen saya mengaku sebenarnya seorang penakut.

“Saya sebenarnya takut di akhirat nanti Allah tanya bila orang datang minta bantuan  selepas dizalimi, saya yang ada kelebihan nak bantu mereka tetapi tidak bantu,” katanya di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Hakim, Datin Surita Budin bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly berhubung kenyataan Isfadiah pada Rabu yang memberitahu faktornya merujuk kes berlaku kepada Firdaus kerana menyifatkannya seorang berani.



Jelas penceramah itu, beliau memaksa diri membuat apa yang termampu walaupun tahu dirinya akan dikecam dan dicaci disebabkan ketakutan pada Allah serta azabNya.

Firdaus Wong berkata, peranannya selepas mengetahui kes terkutuk itu ialah lebih kepada menjadi pemudah cara dan tidak pernah memaksa mangsa membuat laporan polis.

Beliau turut menafikan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa melainkan mempunyai ramai kenalan peguam yang boleh memberi nasihat.

Dalam pada itu, Firdaus memaklumkan, beliau mengenali PU Azman sebagai bekas peserta program realiti dakwah dan terlibat dalam industri lakonan selain pernah berkomunikasi melalui WhatsApp.



“Pada awalnya sukar untuk percaya kejadian amang seksual ini melibatkan PU Azman.

“Begitu juga dengan ibu bapa mangsa yang tidak percaya seorang ustaz selebriti tergamak melakukan perkara sebegitu rupa,” katanya.

Prosiding perbicaraan pada sebelah petang diteruskan secara tertutup dengan beberapa mangsa dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly, Zahida Zajaria, Goh Hsiao Tung dan Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd. Nasir.



Pada 12 Oktober 2022 , PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker