Zeti nafi keluarga ambil wang dari dana 1MDB

Bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz memberi keterangan bahawa keluarganya tidak pernah mengambil wang daripada dana kekayaan negara bermasalah 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-46 itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi semasa perbicaraan rasuah 1MDB membabitkan RM2.28 bilion ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib.



Akram: Sepanjang episod 1MDB ini, adakah kamu atau mana-mana ahli keluarga menerima apa-apa faedah daripadanya?

Zeti: Tiada seorang pun dalam keluarga saya pernah menerima atau mengambil wang 1MDB. Tiada satu sen pun.

Pada 24 Feb tahun lalu, suami Zeti Tawfiq Ayman melahirkan rasa terkejut berhubung dakwaan rasuah oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner terhadapnya.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Tawfiq mendakwa keterangan bekas jurubank itu di Mahkamah Daerah Timur New York adalah tidak benar.



Leissner adalah saksi utama dalam perbicaraan mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dijalankan terhadap seorang lagi bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng di Amerika Syarikat.

“Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat terhadap saya oleh Leissner, yang telah dilaporkan dalam media.

“Saya tidak mengenali Leissner atau Ng dan saya juga tidak pernah bertemu, dan tidak pernah berkomunikasi dengan mereka.

“Saya ingin menyatakan secara mutlak bahawa sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada sesiapa.



“Memandangkan prosiding sedang berlansung di New York, saya telah dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang ulasan lanjut kerana ia mungkin melibatkan subjudis.

“Kami akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil terhadap kenyataan yang dibuat terhadap saya,” kata Tawfiq.

Pasukan peguam Najib berulang kali mendakwa bahawa keluarga Zeti telah menerima dana 1MDB melalui beberapa syarikat di Singapura.

Perbicaraan jenayah itu dijalankan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.



Najib menghadapi empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion daripada 1MDB, sebuah dana kekayaan negara Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Perbicaraan akan bersambung semula pada 14 Ogos.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker