Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS

Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS

PRESIDEN Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas dalam pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang.

Ia disahkan melalui siaran media yang dikongsi selepas pengumuman calon selesai dibuat.

Begitupun, ketika pengumuman calon dibuat Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee, kerusi Bayan Lepas tidak disebut.

Sedangkan, beliau secara terperinci mengumumkan 39 calon kerusi DUN yang akan ditandingi Perikatan Nasional (PN) nanti.

Malah, nama Dominic juga tidak diumum, sehingga selesai pengumuman calon bagi 39 kerusi yang lain.

Menyedari Ronald ‘tertinggal’ calon bagi kerusi DUN Bayan Lepas, ada hadirin mempertikaikan perkara tersebut.

Semalam, Dewan Pemuda Pas Tasik Gelugor secara terbuka memberi amaran untuk memboikot PN sekiranya meletakkan Dominic bertanding di kawasan mereka.

Pada masa sama, Pas kawasan Bayan Lepas turut mengeluarkan kenyataan serupa yang tidak bersetuju sekiranya Dominic dicalonkan untuk bertanding kerusi DUN di situ.

Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker