Mahkamah: Zeti hadir saksi dalam perbicaraan 1MDB [VIDEO]

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan sebagai saksi pendakwaan bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Zeti, 75, hadir pada pukul 1.55 petang dan sejurus tiba di mahkamah, beliau kemudian terus menaiki lif ke Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding terdahulu di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Timbalan pihak pendakwaan menyatakan pernyataan saksi sudah tersedia dan Zeti akan membacanya dalam prosiding itu.



Isu memanggil Zeti untuk memberi keterangan timbul selepas peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanyakan satu soalan kepada saksi ke-39 pendakwaan,

bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank Cheah Tek Kuang, 75, mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di kediaman Zeti.

Najib, 70, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – KOSMO! ONLINE



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker