Guan Eng tanding di P Pinang, 5 exco gugur
Guan Eng tanding di P Pinang, 5 exco gugur
Pengerusi DAP Lim Guan Eng akan bertanding pada PRN Pulau Pinang 12 Ogos, sebaliknya timbalan ketua menteri, P Ramasamy dan empat exco digugurkan.
Lim, bekas menteri kewangan, yang kini Ahli Parlimen Bagan juga merupakan Adun Air Putih sejak 208. Beliau akan bertanding mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat.
Pengguguran Ramasamy sebagai calon yang juga timbalan ketua DAP negeri dan exco paling mencuri tumpuan.
Ramasamy dipilih Adun Perai pada 2008 dan berkhidmat di kawasan itu selama dua penggal. Beliau digantikan S Sundarajoo, bekas ketua pegawai eksekutif Ecoworld Development Sdn Bhd.
Ketua Wanita DAP Chong Eng juga tidak tersenarai sebagai calon, dengan bekas Adun Pengkalan Kota Daniel Gooi bertanding di kerusi Padang Lalang dimenangi Chong sebelum ini.
Bekas Adun Sungai Puyu selama empat penggal, Phee Boon Poh tidak akan mempertahankan kerusi itu, namun digantikan anak perempuannya, Syn Tze.
Chong dan Phee merupakan exco dalam kerajaan sementara Pulau Pinang.
Dua lagi exco, Soon Lip Chee dan Yeoh Soon Hin, juga digugurkan bagi PRN negeri itu.
Kerusi dimenangi Soon di Bagan Jermal akan ditandingi muka baharu, Chee Yeeh Keen, manakala bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai akan bertanding di Paya Terubong, kawasan di mana Yeoh menang selama tiga penggal.
Dalam pada itu, bekas pembantu Ramasamy, M Satees tidak akan mempertahankan kerusi Bagan Dalam selepas sepenggal sebaliknya digantikan K Kumaran.
Terdahulu, DAP telah mengumumkan Chow Kon Yeoh kembali dilantik ketua menteri sekiranya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menang PRN negeri itu. FMT
Guan Eng tanding di P Pinang, 5 exco gugur
Baca Artikel Menarik:
- Dato Malik ditahan SPRM
- Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor
- Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini
- Tiba-tiba jadi ‘drummer’ Search, Naimi kejutkan cikgu dan rakan sekolah
- Nabil bengang netizen persoal kemenangan Bell Ngasri
- Aloe vera penyebab kanser?
- Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih
- Tiada lagi Din Pudu
- Setiausaha Akhbar sebak, “Chief’ dah beri petunjuk mahu pulang pada 23 Julai, namun Chief’ pulang selamanya”
- Sampai mati saya buat Menu Rahmah – Bos Mydin sebak
- Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat
- ‘Tendang keluar’ penyandang, penyokong PAS Gual Periok turunkan bendera tanda protes
- Ibu mangsa dedah PU Azman minta anak lumur minyak pada kemaluan
- Baby Shima bakal bertanding pada PRN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)
Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri
Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)
You must be logged in to post a comment.