Ada ahli Bersatu Hulu Selangor ugut tutup jentera pilihan raya, bakar bendera PN.
Pilihan calon Batang Kali: Bersatu Hulu Selangor dakwa dipinggir pimpinan pusat
Ada ahli Bersatu Hulu Selangor ugut tutup jentera pilihan raya, bakar bendera PN.
Bersatu Hulu Selangor kecewa dengan pucuk pimpinan parti kerana meminggirkan peranannya dalam memutuskan calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Batang Kali pada PRN bulan depan.
Ketuanya Md Anuar Mohd Nor mendakwa pemilihan calon PN dibuat dua pemimpin Bersatu yang langsung tidak membincangkan perkara itu dengan bahagian sehingga menimbulkan kemarahan ramai ahli akar umbi.
Anuar tidak menamakan nama pemimpin terbabit namun FMT difahamkan mereka adalah Naib Presiden Radzi Jidin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Azmin Ali.
FMT telah menghubungi mereka untuk menjawab dakwaan itu.
Gambar didakwa ahli Bersatu Hulu Selangor membakar bendera PN yang tular di media sosial.
Menurut Anuar, rasa tidak puas hati itu menyebabkan ada ahli mengugut mahu menutup jentera dan meluahkan kemarahan di media sosial dengan memuat naik gambar mereka membakar dan memijak bendera PN.
“Kita kecewa kenapa bahagian tidak dibawa berbincang khususnya saya sebagai ketua. Saya pun bukannya ghairah nak jadi calon kerana paling penting kekalkan kemenangan di Batang Kali.
“Tiba-tiba ‘orang dipilih’ itu datang bagitahu kami yang beliau telah diangkat jadi calon. Kami hairan mengapa keputusan sebesar ini tidak ambil pandangan bahagian,” katanya kepada FMT.
Mengulas kemarahan ahli yang memuat naik gambar mereka memijak bendera PN di media sosial, Anuar berkata “saya sebagai ketua tidak boleh mengawal mereka terutama anak muda, mereka rasa bahagian tidak dihormati”.
Pada PRU14, DUN Batang Kali dimenangi wakil Bersatu Harumaini Omar, namun beliau keluar parti susulan Langkah Sheraton dan menyertai Pejuang.
Ketua Umno Hulu Selangor Isa Kasim diumumkan sebagai calon mewakili gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (PH) di DUN Batang Kali.
Difahamkan Ahli Jawatankuasa Bersatu Hulu Selangor Muhammad Muhaimin Harith dipilih membawa cabaran PN di DUN Batang Kali. Pengumuman rasmi dijangka dibuat esok malam serentak dengan senarai 56 calon PN di Selangor.
Dalam perkembangan sama, Anuar mengesahkan Bersatu Hulu Selangor pada 21 Julai lalu menamatkan pelantikan Muhaimim sebagai AJK bahagian itu namun tidak memberikan sebarang alasan.
“Beliau hanya AJK lantikan bukan menang bertanding. Tiada masalah jika kita hendak tamatkan pelantikannya,” katanya. FMT
Ada ahli Bersatu Hulu Selangor ugut tutup jentera pilihan raya, bakar bendera PN.
Baca Artikel Menarik:
- Dato Malik ditahan SPRM
- Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor
- Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini
- Tiba-tiba jadi ‘drummer’ Search, Naimi kejutkan cikgu dan rakan sekolah
- Nabil bengang netizen persoal kemenangan Bell Ngasri
- Aloe vera penyebab kanser?
- Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih
- Tiada lagi Din Pudu
- Setiausaha Akhbar sebak, “Chief’ dah beri petunjuk mahu pulang pada 23 Julai, namun Chief’ pulang selamanya”
- Sampai mati saya buat Menu Rahmah – Bos Mydin sebak
- Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat
- ‘Tendang keluar’ penyandang, penyokong PAS Gual Periok turunkan bendera tanda protes
- Ibu mangsa dedah PU Azman minta anak lumur minyak pada kemaluan
- Baby Shima bakal bertanding pada PRN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)
Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri
Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)
You must be logged in to post a comment.