Pembabitan suami Zeti dalam 1MDB, polis tunggu maklumat Singapura

KUALA LUMPUR: Polis sedang menunggu pihak berkuasa Singapura menjawab permintaan untuk membantu mendapatkan keterangan dalam siasatan berkait dana 1MDB, melibatkan Tawfiq Ayman iaitu suami kepada bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Din, berkata pihaknya telah menghantar butiran yang dimohon Singapura.

“Kita sedang menunggu jawaban mereka,” katanya pada sidang media di kolej polis.



Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, pada September berkata Bukit Aman mengemukakan permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) kepada pihak berkuasa Singapura dalam siasatan melibatkan Tawfiq, selepas meneliti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatannya

Sebelum ini, SPRM mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura membabitkan akaun syarikat milik suami Zeti dan seorang individu lain.

Dana itu dikatakan daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.

Media melaporkan bahawa polis Singapura telah memaklumkan Bank Negara berhubung transaksi pada 2015 dan 2016 melibatkan syarikat dikatakan milik Tawfiq dan salah seorang anaknya.



Pihak berkuasa kedua-dua negara bertemu di Singapura pada Mac lepas, untuk mengenalpasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat



Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker