Tiada menteri sakau projek kerajaan setakat ini – Anwar
Tiada menteri sakau projek kerajaan setakat ini – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya terlibat dalam amalan yang menyalahi tadbir urus dan tata kelola.
“Dalam tujuh bulan ini, belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan) kerana kita tegas jaga tata kelola ini, elak dari rasuah dan ketirisan,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 warga peneroka Felda sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023, di Serdang hari ini.
“Kita hadapi masalah ekonomi yang berat, hutang begitu banyak, masalah tak selesai tapi saya yakin sekiranya kita di landasan betul, elak ketirisan, elak tamak haloba, elak nafsu serakah, (elak) ambil kekayaan bukan hak kita, saya yakin Malaysia akan bangkit sebagai negara hebat dan gagah di rantau ini,” katanya.
Anwar berkata walaupun Kerajaan Perpaduan dianggotai pelbagai parti seperti PKR, DAP, UMNO, Amanah dan Gabungan Parti Sarawak, namun tiada unsur-unsur sabotaj berlaku seperti didakwa sesetengah pihak.
“Saya dalam PH (Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (daripada) UMNO, tapi kita ambil keputusan demi Felda, demi kehidupan orang Melayu, dan rakyat Malaysia kita ambil bersama angkat martabat negara ini untuk hebat semula.
Bila saya bentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk tolong Felda, disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, disokong Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Inilah perpaduan yang membawa kebaikan untuk rakyat,” katanya lagi.
Anwar pada majlis itu menyatakan komitmen kerajaan untuk melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.
Anwar turut mengingatkan pengurusan Felda supaya lebih cekap mengurus, tidak mengizinkan sebarang ketirisan, tidak boros dan tidak mengizinkan pelaburan yang merugikan Felda.
“Jika tidak diurus dengan baik, izinkan pemborosan, amalan melabur ikut suka hati… inilah jadinya sehingga kerajaan terpaksa tanggung hutang sehingga RM8.3 bilion,” katanya.
Anwar dalam pada itu berkata beliau telah memberi kebenaran untuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjelajah ke kawasan Felda bagi membantu meningkatkan kemudahan asas di kawasan tanah rancangan itu seperti menyelesaikan benda-benda kecil seperti lampu jalan dan tandas sekolah.
“Felda di bawah tanggungjawab saya, maka saya beri ruang kepada Ahmad Zahid dan kementerian beliau, baik dari segi peruntukan atau bidang kuasa yang saya fikir boleh dilakukan beberapa perubahan yang diperlukan tanpa terikat dengan peraturan dan dasar yang lama.
Saya beri ruang di mana mampu atau boleh dikendali dengan bantuan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah masuk (ke Felda) tanpa kerenah, tukar peraturan yang halang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah masuk supaya program boleh berjalan lancar,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada warga Felda dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentang pada Oktober depan. Mk
Tiada menteri sakau projek kerajaan setakat ini – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib