Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendakwa dia mempunyai dokumen yang menunjukkan bekas menteri daripada Umno yang kini meninggalkan parti itu sebelum PRU15 mempunyai rekod tidak bersih.
Ini, katanya termasuk mereka yang melakukan penyelewengan.
“Ramai mantan menteri bersama mereka yang tinggalkan Umno, saya nak bagi ingatan, mereka cakap berdegar kata (Presiden Umno, Ahmad) Zahid (Hamidi) penipu, Anwar penipu, mereka pura-pura Islam.
“Hang (bekas menteri) tengok muka di cermin, mantan menteri ada yang pernah ‘text’ pada saya minta usah bercakap soal rasuah dan tatakelola, minta saya bekerja.
“Mantan menteri ini bercakap seolah kita tak buat apa, dialah pejuang Islam, pejuang Melayu. Saya kata tengok cermin, tengok rekod, tengok kontrak, tengok berapa tanah kamu ambil, berapa banyak kamu sakau, kamu jaga baik-baik,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia, hari ini.
Laporan berkenaan yang memetik ucapan Anwar pada Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak, malam semalam, bagaimanapun tidak memperincikan tentang penyelewengan itu dan siapakan menteri-menteri Umno yang terbabit.
Pengerusi PH pada ucapannya itu juga dilaporkan mendakwa Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin merancang untuk mengharamkan Umno ketika berkuasa sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Katanya, dia ada berbincang mengenai rancangan itu bersama Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu serta Lim Guan Eng yang ketika itu Setiausaha Agung DAP dan mereka turut tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.
“Saya cerita pengalaman bagaimana Dr Mahathir dan Muhyiddin pakat untuk haramkan Umno, saya ke rumah Muhyiddin, memang tegang. Saya lawan Umno masa itu, tetapi saya tak setuju haramkan Umno.
“Umno ada sejarah sendiri, sejarah perjuangan kebangsaan, ini parti ibu bapa saya. Saya beza pendapat, tapi haramkan itu bukan penyelesaian.
“Kita tak boleh padam sejarah, alasan apa nak haramkan? Kalau dalam politik kita lawan, dia kata tak boleh, keputusan sudah dibuat,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia, hari ini.
Pada ucapannya, Anwar turut mempersoalkan sama ada ahli dan penyokong Umno sanggup memberi undi kepada calon Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.
“Saya nak beritahu orang Umno yang goyang (was-was) sekarang ini. Sanggupkah kamu beri dukungan kepada parti dia (Bersatu) yang (sewaktu) berkuasa akan mengharamkan parti keramat kamu.
“Apa jenis manusia yang boleh khianat amanah? Dia marah Zahid pasal apa? Sebab Zahid mengambil pendirian yang tegas kerana dia tahu sejarah ini.
“Masa dia lemah minta pertolongan Umno. Andai kata dia kuat, Umno memang nak diharamkan kerana Bersatu dari awal ditubuhkan untuk ganti Umno.
“Saya bukan ahli Umno, tapi saya tidak boleh faham politik apa sampai begini. Beza pendapat dengan Zahid tidak mengapa, nak kritik boleh. Tapi salah dia apa (adakah) kerana dia bersama Kerajaan Perpaduan, konon kerana gadai prinsip kepada DAP,” soalnya lagi. Mk
Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Cabul anak tiri kerana isteri kerap main phone
- Tengku Permaisuri Selangor Dipuji Cantik Berhijab Lepas Balik Dari Haji
- Banglo saya tak sampai RM1 juta pun – Abang Sanusi
- Sanusi tak mahu komen
- 7 bulan kerajaan perpaduan, tiada isu ancam Islam seperti era PH di bawah Mahathir – Shahrir
- Jaguar yang dipinjamkan pada Anwar tidak menggunakan dana Yayasan Aman
- Cat Farish dapat kejutan kenduri besar
- Potong zakar sendiri, buang dalam tandas
- Rangka makhluk aneh menyerupai ikan duyung ditemui wanita jadi tanda tanya
- Penangan Ustaz Somad, 50,000 banjiri Dataran Sejarah
- Mahathir kritik prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’
- Bunuh rakan kerana sering pinjam, curi duit
- Mission Impossible 7, satu lagi ‘keajaiban’ Tom Cruise
- Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih
You must be logged in to post a comment.