Minah rempit ditahan buat aksi ‘superman’ di lebuhraya

Minah rempit ditahan buat aksi ‘superman’ di lebuhraya

IPOH: Dua wanita yang aksi mereka tular kerana menunggang motosikal secara berbahaya, termasuk melakukan aksi “Superman” di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ditahan polis semalam.

Ketua Polis Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata kedua-duanya menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muallim pada 9.10 malam.

Beliau berkata, mereka berjaya dikesan polis susulan rakaman video 45 saat memaparkan dua penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya tular di media sosial sejak kelmarin.

“Siasatan awal mendapati aksi mereka dirakamkan di KM375.9 arah utara pada Ahad lalu dan remaja berusia 18 dan 21 tahun itu menunggang dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Apabila mereka sampai di kawasan rehat dan rawat Behrang, kedua-dua suspek melakukan aksi ‘Superman’, iaitu meniarap di atas tempat duduk dan mencelah antara kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Hasni berkata, kedua-duanya yang berasal dari Pulau Indah, Selangor dan masing-masing bekerja sebagai operator platform e-dagang dan pengasuh bayi serta tiada rekod jenayah.

“Polis mengeluarkan saman ke atas mereka kerana kesalahan tiada lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. FMT

Minah rempit ditahan buat aksi ‘superman’ di lebuhraya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker