Dipenjara kerana tendang anggota polis atas alasan mahu pergi ke tandas
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 22 minggu hari ini kerana menyerang seorang pemandu teksi ketika dia memandu di dalam sebuah terowong dan menendang seorang anggota polis, lapor portal berita Today.
Dalam hujah pembelaan, tertuduh mengaku menendang anggota polis itu, Namun, tindakan tersebut ‘bukan kemahuannya’ kerana ketika kejadian, dia mabuk dan perlu pergi ke tandas.
Lelaki itu berdepan pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam dan menyebabkan kecederaan secara sukarela.
Mahkamah mendengar bahawa mangsa iaitu seorang pemandu teksi berusia 73 tahun, mengambil warga China itu pergi minum bersama rakan-rakannya dan selepas teksi itu memasuki Lebuhraya Kallang-Paya Lebar (KPE), tertuduh menumbuk kepala dan leher mangsa.
Pemandu teksi itu menggunakan satu tangannya untuk menghalang serangan dan sebelah lagi untuk mengawal stereng kereta. Dia akhirnya menemui lokasi selamat lalu berhenti dan melarikan diri sebelum menghubungi polis.
Warga China itu juga membuang air besar di tepi jalan yang turut dilihat oleh saksi sebelum polis datang. Semasa ditahan tertuduh menendang anggota polis sebanyak dua kali. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Langkah mayat saya dulu – Tok Mat
- Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas
- SPRM diminta siasat banglo dikaitkan dengan Sanusi walau telah dinafikan
- Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan – Zahid
- Malang nasibmu Annabella
- Zahid minta Sanusi taubat
- Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera
- Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah
- Nora terkena gangguan sihir pemisah
- Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin
- Wanita tikam leher anak OKU sebelum bunuh diri
- Berani buat berani tanggung
- MEF terkejut dengan kenyataan Rafizi
- Hukum minta gambar bogel isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis
You must be logged in to post a comment.