Naga besar pengatur naga kecil
Naga besar pengatur naga kecil
Kegiatan penyeludupan berlaku di Malaysia secara langsung dikuasai sindiket besar yang memiliki rangkaian atau ‘balaci’ di seluruh negara.
Organisasi terancang sindiket ini yang digelar Naga Besar mewujudkan pula Naga Kecil sekali gus menguasai pasaran dan ekonomi gelap terutama berkaitan rokok, arak, dadah, manusia, petrol, diesel dan barangan bersubsidi.
Sebagai contoh di utara Semenanjung, antara sindiket Naga Kecil ini dikenali sebagai Ah Siang, Mokkang@Mongkang, Mat Uli Lubuk Sireh, Safwan, Shah Rizal@Kadok, Che Asri@Boe, Azizon@Jijon, DL dan Ah Chai Kuala Sanglang.
Mereka didakwa menguasai aktiviti penyeludupan di Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
Menurut sumber keselamatan, suatu ketika dulu di Kedah membabitkan satu sindiket terkenal dikenali sebagai Pak Su atau nama jolokan Naga Utara dan kini kumpulan itu sudah berpecah.
Namun, katanya, masih ada saki-baki sindiket Pak Su menjalankan penyeludupan rokok terutama di utara dengan pemimpinnya dikatakan memberi arahan dari Thailand.
“Bagi kawasan tengah pula, dua beradik P yang juga dikatakan anak ahli perniagaan bergelar Tan Sri bermaharajalela membabitkan penguasaan rokok dan arak atau alkohol seludup (kedua produk ini jika di pasaran sah antara cukai tertinggi menyumbang pendapatan negara).
“Dua beradik P ini menguasai urus niaga gelap di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Mereka mempunyai modal dan sokongan yang kuat.
“Ada duri dalam daging, terutama apabila seorang bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan bersubahat melicinkan operasi haram dijalankan mereka,” katanya dalam pertemuan bersama Skuad Khas Harian Metro.
Menurutnya, beberapa nama ‘otai’ lain dikesan masih terbabit menjalankan kegiatan sama terutama di selatan tanah air dikenali sebagai DWM.
“Ada antara mereka ada hubungan baik dengan ahli politik dan agensi pihak berkuasa bagi melicinkan lagi operasi,”katanya.
Di Terengganu, sindiket didalangi dua warga tempatan dikenali A dan M menguasai aktiviti haram membabitkan nilai pasaran puluhan juta ringgit.
Skuad Khas Harian Metro dimaklumkan sindiket itu menjadikan beberapa restoran dan premis sebagai stor penyimpanan sementara sebelum diedarkan bagi tujuan pasaran.
Penguasaan warga tempatan itu dalam aktiviti berkenaan menyebabkan dia kini digelar ‘taiko’ di daerah berkenaan dan mula melebarkan sayap di kawasan lain di pantai timur.
Menurut maklumat sumber, dua lelaki warga tempatan itu menjalankan kegiatan membawa masuk rokok putih berjenama U2, Manchester, Saat dan LEE.
Namun, katanya, di Kelantan pula sindiket dikawal Datuk L.
Menurutnya, Datuk L yang mempunyai rekod jenayah memiliki gudang berdaftar dengan kastam. HM
Naga besar pengatur naga kecil
Baca Artikel Menarik:
- Langkah mayat saya dulu – Tok Mat
- Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas
- SPRM diminta siasat banglo dikaitkan dengan Sanusi walau telah dinafikan
- Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan – Zahid
- Malang nasibmu Annabella
- Zahid minta Sanusi taubat
- Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera
- Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah
- Nora terkena gangguan sihir pemisah
- Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin
- Wanita tikam leher anak OKU sebelum bunuh diri
- Berani buat berani tanggung
- MEF terkejut dengan kenyataan Rafizi
- Hukum minta gambar bogel isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis
You must be logged in to post a comment.