Muntah-muntah gara-gara termakan cendawan beracun

Seorang wanita terkejut apabila seluruh ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang sangat teruk selepas makan hidangan cendawan goreng yang dipercayai beracun.

Menurut perkongsian wanita itu di akaun TikToknya, dia berkata, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka.

“Saya ambil cendawan itu, dan membersihkannya seperti biasa untuk dijadikan hidangan.

“Apabila diteliti cendawan itu, ia kelihatan sama seperti cendawan busut tetapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia agak was-was apabila cendawan yang dimasak itu menjadikan hidangan tersebut bertukar warna kehijauan tetapi tidak mengendahkannya.

“Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut.

“Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit. Saya ‘google’ cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya.

Katanya, akibat daripada itu mereka sekeluarga berada dalam keadaan sangat lemah sehingga memaksa wanita itu menghubungi talian kecemasan sebelum mereka semua dikejarkan ke hospital.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati terhadap keluarga tersebut dan menasihati mereka supaya lebih berhati-hati apabila memakan tumbuhan liar.

“Tak silap cendawan busut bentuk payung dia lain. Kepala dia membunjut sikit, yang ini cantik betul. Semoga cepat sihat,” kata Munie.

“Arwah mak ada ajar dulu kalau cari cendawan kena tengok ada serangga atau tidak pada cendawan itu. Kalau ada, memang boleh makan,” kongsi Mamy.

“Semoga cepat sembuh dan terima kasih kongsi pengalaman ini. Memang beri kesedaran pada kami yang tak tahu, jaga diri semua,” kata Siti.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 200,000 kali

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker