LTAT hidup segan mati tak mahu – Tok Mat
LTAT hidup segan mati tak mahu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegur pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) supaya mengembalikan semula prestasi sebagai entiti yang menguruskan dana persaraan warga tentera dengan lebih baik demi memperkasa kebajikan golongan itu.
Untuk mencapai objektif itu, beliau mahu LTAT beroperasi sebagai entiti yang bermaruah kerana kebelakangan ini sering dianggap bukan lagi produk yang premium dalam pasaran.
Antara teguran Mohamad ketika berucap merasmikan Pelan Strategik LTAT 2023-2023 (MAMPAN 25) adalah ramai yang melihat LTAT termasuk subsidiarinya Boustead Holdings Bhd sebagai syarikat yang ‘hidup segan mati tak mahu’.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Pengerusi LTAT, Jeneral (Bersara) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman.
Mohamad memberi amaran supaya syarikat berkenaan tidak terlalu selesa, sebaliknya berkembang dan terus meneroka persekitaran yang sudah berubah sekarang.
Dalam masa sama, beliau tidak mahu amanah warga tentera yang menjadi pemegang taruh utama dalam syarikat berkenaan dikhianati kerana wang yang mereka carum itu sangat berharga kerana diperoleh hasil pengorbanan dan titik peluh.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau mahu LTAT menjadi pokok yang memiliki madu supaya entiti itu menjadi pujaan ramai pihak berjaya meletakkan posisi mereka sebagai pengurus dana persaraan yang baik.
Sewaktu syarikat sedang berdepan musibah, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadi ‘dalang’ yang cuba merosakkan lagi kapal yang sedang ditenggelami air dengan bertindak menebuk lubang sehingga mengakibatkan keadaan bertambah parah.
“Jika kita tidak berubah kita akan lingkup. Tetapi apa yang dibentang dan apa yang dipersetujui itu berlaku adalah sepenuh hati. Saya yakin hasrat untuk menjadikan LTAT dan anak syarikatnya dengan satu tujuan yang baik.
“Tujuannya iaitu menjadikannya ia satu tabung persaraan pencarum iaitu anggota tentera kita yang bertungkus-lumus, berkorban jiwa dan raga untuk mereka memberi mandat serta amanah kepada kita menguruskan wang persaraan mereka.
“Apabila mereka bersara nanti, itulah harapan mereka dan jangan khianat amanah ini. Saya ulangi jangan khianati amanah ini kerana ini adalah wang mereka yang mesti diuruskan dengan baik. Kalau tak dapat banyak pulangan pun tak apa. Bagi lima peratus dividen setiap tahun saya sangat gembira.
“Sebab teras dalam MINDEF untuk kita memelihara kebajikan warga tentera. Salah satu teras kelima saya dalam dasar kita adalah untuk kita membela anggota tentera.
“Jika di sini tempang, maka sengetlah di sana. Jika saudara saudari tempang berjalan, maka tak dapatlah saya berjalan dengan baik bagi menguruskan MINDEF kerana wang tabungan anggota yang ada dalam tanggungjawab saya adalah saudara dan saudari yang uruskan,” katanya.
Mengulas lanjut apa yang perlu dilakukan LTAT sekarang dalam mengembalikan kewibawaannya untuk pencarumnya iaitu warga tentera, Mohamad mahu kegagahan dan keazaman baharu sebagai tunjang untuk mengembalikan ‘maruah’ syarikat itu.
Beliau mengakui malu jika terus jalan menunduk dengan prestasi syarikat gagal dipulihkan, namun yakin dapat mendongak dengan bangga sekiranya syarikat berkenaan memacu semula kegemilangan organisasi berkenaan di landasan sepatutnya.
“Kalau saya tidak menghentikan musical chair, ia akan runtuh. Kalau kita tak swastakan Boustead Holdings, maka LTAT akan dalam masalah, bahkan Affin Bank pun akan bermasalah. Jadi apa yang kita patut buat?
“Hentikan musical chair supaya penyakit COVID-19 ini tidak berjangkit. Kalau nak kekang isu kena kekang penyakit.
“Kita tanam pokok kelapa sawit di atas lombong emas. Perlukan kita mengekalkan pokok kelapa sawit di atas tanah yang ada emas di dalamnya? Kita kena lombong emas itu. Bagaimana kita nak lombong itu terpulang kepada anda.
“Itu yang saya nak perkatakan. Banyak aset-aset yang perlu kita unlocked the value. Kemudian siapsiagakan diri kita untuk lancarkan semula Boustead (Holdings Bhd) yang baharu, dengan kegagahan dan keazaman yang baharu supaya kita boleh jalan dengan penuh bangga melaluinya. Ini tidak jalan tunduk saja. Kita mesti cari jalan cara bangkit semula.
Kelak, beliau tidak menolak kemungkinan apabila LTAT menjadi pohon yang mempunyai madu kerana sudah mencapai prestasi dikehendaki maka prestasinya akan jadi bualan ramai orang.
Mohamad juga sempat menegur Ahmad Nazim supaya lebih fokus memacu syarikat supaya beliau runsing memikirkan keadaan menimpa syarikat jika gagal mencapai matlamat yang diinginkan.
“Bila kita dalam keadaan begini, ramailah orang. Bila pokok kelapa pun condong, babi hutan pun nak naik. Betul. Tetapi bila ada madu di atas pohon, siput babi pun merangkak ke atas.
“Jadilah pokok yang ada madu di atasnya supaya kita menjadi sebagai pujaan orang. Inilah pengurus dana yang baik dan orang akan sentiasa mahu.
“Bila kita bercakap, kita bercakaplah dengan percakapan yang baik dan premium. Bila kita nak berunding dengan orang, bukan kita minta nyawa. Kita runding dengan orang, kita tentukan syaratnya. Maksudnya kita boleh buat.
“Jadi Datuk Nazim jangan memeningkan kepala saya sangat. Setiap tahun you (kamu) perlu kacau saya kerana saya nak tahu bukan saya nak jaga tepi kain. Tetapi saya nak katakan adalah prestasi anda adalah prestasi saya,” katanya. BH
LTAT hidup segan mati tak mahu
Baca Artikel Menarik:
- Langkah mayat saya dulu – Tok Mat
- Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas
- SPRM diminta siasat banglo dikaitkan dengan Sanusi walau telah dinafikan
- Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan – Zahid
- Malang nasibmu Annabella
- Zahid minta Sanusi taubat
- Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera
- Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah
- Nora terkena gangguan sihir pemisah
- Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin
- Wanita tikam leher anak OKU sebelum bunuh diri
- Berani buat berani tanggung
- MEF terkejut dengan kenyataan Rafizi
- Hukum minta gambar bogel isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis