Banglo mewah, ‘Sanusi habaq bukan dia punya’
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pemfitnah sedang bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mempengaruhi orang ramai bahawa dia kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah banglo di Sik seperti yang ditularkan menerusi media sosial.
Menerusi satu kenyataan yang disiarkan di portal Harakahdaily, hari ini, menteri besar Kedah itu berkata, banglo berkenaan adalah milik abangnya yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.
“Mengapa jadikan dia mangsa seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram sedangkan dia telah lama bekerja keras mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri.
“Apa salah dia kepada kalian hingga tidak berkira kira langsung menyebar fitnah sedangkan kalin tidak kenal pun siapa pemilik rumah itu? Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan saya, dilahirkan sebagai abang saya.
“Adakah kerana dia abang saya, dia tidak boleh bina rumah besar walaupun dia ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?” soalnya.
Adun Jeneri itu berkata, rata-rata penduduk Sik tahu rumah itu rumah abangnya dan bukan rumahnya.
“Mudah sungguh kalian buat dosa-dosa berat pula – sedangkan antara kalian ada yang tidak pernah lalu malah tidak tahu pun rumah itu di mana.
”Orang Sik rata ratanya tahu rumah itu rumah Budin, bukan Sanusi.” katanya.
Hari ini tular di media sosial yang memaparkan foto sebuah banglo di Sik lengkap dengan imej ‘Google Map’ yang cuba digambarkan sebagai banglo mewah milik Muhammad Sanusi bernilai RM7.8 menggunakan nama abangnya.
Mengulas lanjut, menteri besar itu berkata, sebagai adik, dia tahu abangnya sudah lama bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya dan menegaskan tiada satu sen wang miliknya digunakan untuk membina rumah itu.
Katanya, selama ini, abangnya terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anaknya sehingga ada kalanya selama tiga atau empat bulan sebelum dapat kembali bertemu keluarga.
“Bukan sekali dua tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut.
“Mereka suami isteri, termasuk anak telah banyak berkorban selama ini. Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah yang baru siap, ada pula orang yang dengki dan sakit hati hingga tergamak menjaja fitnah konon rumah itu bukan milik mereka.
“Apakah salah mereka kepada kalian? (pemfitnah),” solanya.
Dia berkata, sebagai seorang adik, dia tahu abangnya bukan sahaja seorang yang cekal tetapi sudah lama bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya.
“Dia seorang yang berhati cekal, kuat kerja, berdisiplin dan mempunyai kesanggupan yang sangat tinggi untuk meningkatkan taraf hidup. Dia juga bijak menguruskan wang dan membeli harta. Saya sendiri kagum dengan pengorbanan dan kesanggupannya.
“Abang saya menguruskan hidup dengan disiplin dan kualiti yang tinggi, jauh meninggalkan macai-macai politik yang hati mereka sentiasa diselubungi dendam, marah dan benci.
“Mereka dengan mudah menyebar fitnah untuk mendapat sedikit habuan atau memuaskan dendam kesumat yang lama terpendam. Mereka seperti lalat penghurung tahi yang kotor lagi jijik.
“Bersiap sedialah kalian semua untuk menjawab di dunia dan akhirat atas dosa yang telah disebarkan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pertuduhan salah guna kuasa Muhyiddin lengkap – TPP
- Yusof Haslam tampil pertahan Puteri Sarah berhias ketika iddah
- Penternak lembu cari jodoh
- Saya pula kena tembak – Elizabeth Tan
- Cat Farish bengang dituduh berhutang dengan bekas isteri
- Tiada keadilan terhadap Najib, penyokong dijangka protes PRN – Nazifuddin
- Muhyiddin diselar bankrap idea
- Kita bentang karpet merah Tun – Tengku Zafrul
- Hanya buang masa, Ambiga kecewa dengan kerajaan
- Anak Zahid kaitkan penyertaan Ras Adiba dalam Bersatu kerana merajuk permintaan tidak ditunaikan
- Berbogel, Lily Rose Depp tiada masalah
- Gelar isteri pelacur Vietnam, Caprice cabar untuk bersemuka
- ‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf
- Hubungan dingin Jep Shuib bukan lagi rahsia, Mamat mahu cuba satukan kembali
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi
Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah
You must be logged in to post a comment.