Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Kemelut rumah tangga antara pengarah sensasi Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana masih lagi tiada noktah penghujung apabila proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang melibatkan kedua pasangan ini ditangguhkan selepas peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais meminta pihak plaintif untuk memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Syamsul sendiri.
Menurutnya lagi, isu lafaz cerai ini perlu diselesaikan diselesaikan sebelum meneruskan kes-kes lain seperti yang diarahkan oleh hakim sendiri.
“Pihak hakim meminta plaintif (Puteri Sarah) untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang didakwa telah dilakukan sebanyak dua kali oleh Syamsul. Jadi dapatan (keputusan) JKP perlu ditangguhkan dahulu membabitkan perintah shiqaq,” katanya.
Jelasnya lagi, prosedur JKP perlu dilakukan bersama bukannya secara berasingan.
“Pengerusi JKP memberi keterangan mengenai cara pengendalian sesi JKP dan berpendapat sesi tersebut sepatutnya dibuat secara berasingan mengikut situasi.
“Tetapi kami tidak bersetuju. Kami juga memandang serius prosedur itu dan mengenai dakwaan lafaz cerai itu pun anak guam (Syamsul) saya tidak tahu kerana prosedur tersebut dijalankan secara berasingan.
“Itulah masalahnya apabila JKP dibuat secara berasingan. Ambil nota tetapi pihak dan wakil tidak bercakap antara satu sama lain. Jadi isu lafaz cerai ini anak guam saya tidak menjawab dalam prosedur JKP,” katanya.
Berkongsi lanjut, hakim juga turut mengarahkan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan dahulu kes pengesahan lafaz cerai yang perlu difailkan oleh pihak plaintif.
“Isu yang lebih penting sekarang adalah Yang Arif telah memerintahkan bahawa pihak berkenaan kena memfailkan pengesahan lafaz cerai.
“Jadi pada 14 Jun ini adalah untuk mengetahui status pengesahan lafaz cerai,” jelasnya.
Terdahulu, tular berkenaan dengan dakwaan Puteri Sarah yang pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.
Menurut laporan, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua lafaz talak pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Pada 18 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah gagal untuk bertemu dengan kata sepakat sekaligus menyebabkan proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari itu tertangguh.
Punca Syamsul menolak untuk melafaz cerai adalah kerana Puteri Sarah enggan menarik saman terhadap isteri kedua Syamsul, Ira Kazar serta ahli keluarganya yang lain.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. Xtra
Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan