Tentera tunggang motosikal ‘Hello Kitty’ demi sayang pada isteri

Tentera tunggang motosikal ‘Hello Kitty’ demi sayang pada isteri

Seorang anggota tentera Indonesia menjadi sensasi internet kerana sanggup memakai pakaian seragam askar sambil menunggang skuter merah jambu dengan bermotifkan kartun ‘Hello Kitty’, yang dipercayai milik isterinya, lapor laman berita Suara.com.

Menurut video yang dimuat naik di akaun TikTok milik @endraskitty itu, seorang anggota tentera dengan imej maskulin dilihat sedang menunggang motosikal bercorak Hello Kitty tersebut.



“Hai suamiku. Ada yang tanya, itu Tentera Nasional Indonesia (TNI) betul atau palsu, tolong beritahu padanya,” demikian keterangan yang dimuat naik isteri lelaki itu kepada pengikutnya.

Sebelum ini, si isteri turut memuat naik video yang memaparkan suaminya sedang duduk di sebuah ruang tamu yang dipenuhi aksesori Hello Kitty.

Netizen kemudiannya mempersoalkan adakah suami wanita itu merupakan seorang anggota tentera sebenar memandangkan terdapat pakaian seragam tentera pada video tersebut malah wanita itu juga turut menggunakan tanda pagar #TNI dalam videonya.

Netizen kemudiannya memuji lelaki tersebut kerana tidak malu untuk menunggang motosikal yang dipenuhi dengan karakter kartun itu.



“Bangga dengan tuan, motosikal Hello Kitty namun mental dan jiwanya kuat,” tulis seorang netizen.

“Motornya menunjukkan tanda cintanya kepada si isteri,” tulis seorang netizen lain.

Video tersebut telah ditonton lebih 1.6 juta kali dengan 65,000 tanda suka. K Online

Tentera tunggang motosikal ‘Hello Kitty’ demi sayang pada isteri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker