Terima kasih Tok Pok atas segala-galanya – Kasih Iris Leona
Cucu Allahyarham Datuk Pahamin Rajab iaitu Kasih Iris Leona yang memanggil arwah Tok Pok, berduka atas pemergian insan tersayang itu yang sentiasa menceriakan hidup serta percaya dengan setiap perkara dilakukannya.
Melalui luahan di Instagram (IG), Leona cukup menghargai setiap perkara yang dilakukan arwah Tok Pok, namun, berharap dapat mengucapkan selamat tinggal dan memberikan pelukan terakhir.
“Saya bagai tidak percaya awak tiada lagi di sini. Saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan ini.
“Terima kasih kerana beri kehidupan yang baik dan sentiasa percayakan saya.
“Sepanjang hidup, saya hanya mahu membanggakan datuk. Apabila datuk tiada lagi di sini, saya tidak akan ada peluang lagi untuk bertanya apakah datuk bangga dengan saya?
“Saya sedih masa kita bersama di dunia ini sudah berakhir. Saya harap boleh ucap selamat tinggal dan beri pelukan terakhir.
“Saya tidak boleh ulang masa tetapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi cucu yang datuk banggakan,” katanya.
BH Online melaporkan, Allahyarham Pahamin, 77, yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, UK, malam tadi.
Berita duka itu dikongsi bapa Leona, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi.
Azhar dilaporkan berkata, bapa mentuanya yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.
Leona berkata, jika ada peluang bercakap dengan arwah Tok Pok, dia mahu datuknya tahu bahawa diri bersyukur atas semua perkara yang sudah dilakukan arwah buatnya.
“Tanpa datuk, saya tidak akan jadi seperti hari ini. Saya bertuah berpeluang memanggil awak sebagai datuk. Saya harap awak merasakan yang sama mengenai saya,” katanya.
Sementara itu, melalui kiriman WhatsApp, Azhar, 51, belum sedia memberi kenyataan berikutan masih terkejut dengan pemergian bapa mentuanya.
“Salam. Saya minta maaf. Saya tidak mampu hendak cakap apa-apa buat masa sekarang. Kami masih dalam keadaan terkejut dengan pemergian secara tiba-tiba ayahanda kami,” katanya.
Azhar mendirikan rumah tangga dengan anak Allahyarham Pahamin iaitu Chempaka Emalin Pahamin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, 23, serta pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Leona yang berusia 21 tahun.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib
You must be logged in to post a comment.