Shahidan dakwa UMNO akan hadapi kekalahan yang memalukan di Kelantan, Terengganu & Kedah

Keputusan Umno bertanding di tiga negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah tindakan sia-sia, kata Shahidan Kassim.

Beliau berkata, tiga negeri tersebut adalah lubuk Perikatan Nasional (PN), justeru walaupun pelbagai formula dibuat, kebarangkalian Umno kalah adalah tinggi kerana pengikut parti itu sendiri sudah beralih arah.

“Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah lubuk PN, Umno nak bertanding buat apa? Bertanding pun kalah, buat malu saja, nanti hilang benih.

“Walaupun dia buat formula, Umno campur PH (Pakatan Harapan), maka jumlahnya dia menang tapi dia lupa orang Umno bagi (undi) masa tu, masa dia kata ‘No Anwar No DAP tapi sekarang dia duduk dengan DAP dan orang Umno tak setuju,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program pentas alternatif rakyat Parlimen Pengkalan Chepa di Dataran Kijang, Pasar Kedai Buloh, Kota Bharu.

Sementara itu, Shahidan menyifatkan keputusan MCA dan MIC tidak bertanding dalam PRN adalah doa yang termakbul untuk Umno bergerak secara solo.

Rabu lalu, MCA menerusi kenyataan Setiausaha Agung Chong Sin Woon memaklumkan, parti itu tidak akan bertanding pada PRN di enam negeri 12 Ogos ini, sebaliknya menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16.

MIC pula pada hari sama menerusi Setiausaha Agung RT Rajasekaran, turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN selepas meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker