Saya yang tidak benar UMNO untuk diharamkan – Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa dirinya merupakan antara individu yang tidak membenarkan parti UMNO diharamkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU14) sebelum ini.
Jelas Presiden Pakatan Harapan (PH) itu lagi, walaupun UMNO telah diperlakukan sedemikian rupa, namun tetap ada pemimpin parti tersebut yang ‘cium tangan’ dengan pihak yang inginkan UMNO diharamkan.
“Ketika ada yang nak haramkan UMNO sebelum ini, saya adalah orang yang tidak setuju dengan keputusan itu. Tetapi saya pelik kenapa ada lagi orang UMNO yang nak ‘cium tangan’ mereka.
“Kena ingat UMNO mempunyai sejarah yang besar dan baik, sebuah parti agung yang membina negara selama ini sepatutnya pemimpin UMNO pertahankan parti mereka bukan apa yang sedang berlaku sekarang (sokong Perikatan Nasional),” jelasnya ketika berucap pada Majlis Jelajah Madani dan Pelancaran Jetera Perpaduan Selangor di sini hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari disamping pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan.
Dalam pada itu, Anwar berkata, sepanjang pemerintahan Kerajaan Perpaduan hampir lapan bulan keistimewaan agama Islam dan orang Melayu yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara tidak pernah dikhianati seperti yang dicanang oleh pihak pembangkang.
“Cuba bagitau apa yang kita khianat terhadap agama Islam serta orang Melayu. Semua kita perhebatkan selama Kerajaan Perpaduan memerintah negara.
“Walau kita kekalkan kehebatan agama Islam dan Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan serta semua pihak kita tidak lupakan malah kita akan bantu dan kita perhebatkan.
“Bukan Islam untuk kita hukum orang, bukan kamu yang menghukum orang masuk syurga tau neraka, kalau tak ikut mereka jahanam kita, ini fatwa dari mana jelas tunggang agama untuk berkuasa,” katanya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib
You must be logged in to post a comment.