PH, BN mulakan kempen PRN dengan tutup buku lama – Zahid
PH, BN mulakan kempen PRN dengan tutup buku lama – Zahid
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memulakan kempen pilihan raya negeri (PRN) dengan menutup buku dan cerita lama.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua gabungan parti perlu bekerjasama dalam PRN di enam negeri demi mengekalkan pantabiran Kerajaan Perpaduan.
“Kombinasi antara BN dan PH, dulu kita lawan, apa yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) tidak kata. Apa saya tidak kata. Itu cerita dahulu. Kita tutup buku lama. Kita buka buku baru.
“29 haribulan ini kita akan mengemukakan calon-calon. Datuk Seri Anwar terima kasih banyak-banyak, PH terima kasih banyak-banyak kerana terus memberi peluang kepada BN di Selangor,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, kehadiran ramai penyokong kedua-dua gabungan parti pada majlis Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor malam tadi menandakan rakyat tidak termakan dengan hasutan dan fitnah parti lawan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kehadiran begitu ramai penyokong menunjukkan rakyat mahu Kerajaan Perpaduan terus kekal mentadbir negara dan enam negeri yang akan mengadakan PRN.
Ahmad Zahid berkata, pada pilihan raya nanti BN akan menampilkan calon muka baharu.
“Pada 12 Ogos ini kita akan membuktikan bahawa dari manifesto yang akan kita dibentangkan di enam negeri insya-Allah kita akan laksanakan.
“Untuk BN insya-Allah calon-calon muka baharu akan kita kemukakan sebagai menandakan semangat baharu daripada BN.
“Walaupun MCA dan MIC tak mengemukakan calon saya menghormati keputusan kedua-dua parti mereka yang akan tetap bersama BN dan menyokong semua calon kerajaan perpaduan di enam negeri,” kata Ahmad Zahid.
Dalam ucapannya, Presiden UMNO itu turut memberikan amaran kepada ‘pengkhianat parti’ bahawa mereka akan ‘diajar’ pada pilihan raya negeri nanti.
Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor dirasmikan oleh Anwar yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi PH.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayob dan pemimpin tertinggi PH dan BN. MG
PH, BN mulakan kempen PRN dengan tutup buku lama – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib
You must be logged in to post a comment.