Mahathir maklumkan tiada PM mahu datang bertemu dengannya

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia berkongsi idea dengan setiap perdana menteri selepas pentadbirannya, namun mendakwa tiada siapa yang tampil menemuinya.

Malah menurutnya, ada seorang penggantinya tidak pernah bertanya pendapatnya sejurus mengetuai kerajaan.

“Saya dulu ingat bila Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi perdana menteri, dia hendak tanya saya. Tapi tidak pernah tanya.

“Najib (Datuk Seri Najib Razak) pula saya cakap dekat dia tak payahlah bagi duit, dia kata cash is king, tak mahu dengar.

“Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula, dia ada story (untold),” katanya ketika sidang media Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini, Ke Hadapan di sini pada Sabtu.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Proklamasi Orang Melayu berkata, beliau mampu menyumbangkan idea dan kaedah sahaja.

Katanya, pelaksanaannya perlu dibuat oleh kerajaan sendiri kerana tidak guna jika idea diberikan, namun kerajaan tidak tahu cara yang betul untuk menggerakkannya.

“Saya mempunyai pengalaman selama 80 tahun (politik), jadi saya boleh sumbangkan idea jika ada yang sudi tahu,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker