Lat kini Seniman Diraja

Lat kini Seniman Diraja

BATU GAJAH: Kartunis tersohor, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai ‘Lat’ tidak menyangka namun sangat bersyukur dengan kurniaan sebagai Seniman Diraja oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena perasmian Galeri Rumah Lat di Jalan Bemban, hari ini.

“Saya tak sangka. Jadi kalau disebut Seniman Diraja, memang saya teringatkan juga ada rakan-rakan yang mendapat gelaran Pelukis Diraja.

“Memang karya dan usaha seniman serta pengkarya dalam kalangan rakyat diiktiraf oleh istana.

“Saya bersyukur dan menjunjung kasih kepada Tuanku,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, Sultan Nazrin dalam titahnya menyifatkan bimbingan akhbar New Straits Times (NST) ketika berkhidmat di situ antara faktor penting di sebalik kejayaan Lat sehingga namanya sentiasa menjadi sebutan, selain kebijaksanaan Lat sendiri.


Sultan Nazrin Shah berkenan bergambar bersama Datuk Lat ketika melawat Geleri Lat majlis pada perasmian Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, hari ini.

Mula melukis komik pertamanya pada usia 13 tahun berjudul ‘Tiga Sekawan Menangkap Penchuri’ (1964), Lat memulakan siri ‘Keluarga Si Mamat’ ketika di Tingkatan Empat dalam akhbar Berita Minggu (kini BH Ahad) pada 1968 yang diterbitkan berlanjutan hingga 26 tahun.

Selepas lebih lima tahun bertugas sebagai wartawan meja jenayah BH dan NST, Lat kemudiannya dilantik sebagai kartunis sepenuh masa bagi NST iaitu menjelang akhir 1975.

Lat kemudiannya mula dikenali sebagai kartunis editorial yang menggarap tema sosio-politik pada 1975 menerusi ruangan “Scenes of Malaysian Life” dalam akhbar NST di bawah kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Bagaimanapun Lat mengambil keputusan berhenti pada 1984 untuk menjadi kartunis bebas sepenuh masa.

Biarpun tidak lagi berkhidmat dengan NST, Lat masih meneruskan siri ‘Keluarga Si Mamat’ serta ‘Scenes of Malaysian Life’ menerusi syarikat penerbitan miliknya iaitu Kampung Boy Sdn Bhd.

Lat kemudiannya menerbitkan novel kartun ‘Mat Som’ pada 1989 yang menceritakan mengenai kehidupan seorang wartawan sambilan di ibu kota sebelum diadaptasikan ke layar perak pada 1990.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melalui sembah ucapan sempena majlis perasmian Galeri Rumah Lat berkata, galeri itu dibina dengan kos RM3.81 juta dibiayai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menempatkan hasil karya seni dihasilkan Lat sejak 1962. BH

Lat kini Seniman Diraja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker