Jangan cuba ‘Kelantankan’ Selangor – Shabery
Jangan cuba ‘Kelantankan’ Selangor – Shabery
Pengundi di Selangor diingatkan agar tidak membenarkan Perikatan Nasional (PN) untuk cuba ‘Kelantankan’ negeri tersebut.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi ingatan yang sama kepada pengundi di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Menurutnya, sebagai pemimpin dari Terengganu beliau merasai sendiri kemunduran yang dialami di negeri kelahirannya serta negeri jiran, Kelantan.
“Apabila ada parti yang bernama Perikatan Nasional (PN) kombinasi Bersatu dan Pas yang bercakap mereka mahu mengubah Selangor dan mahu memajukan Selangor dengan lebih hebat.
“Saya cakap mudah sahaja, saya orang Terengganu jiran dengan Kelantan. Dua-dua negeri diperintah Pas. Saya kata jangan sama sekali bercita-cita ‘Kelantankan’ Selangor. Bahaya.
“Mereka mahu mengkelantankan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang (tapi) tengoklah (isu) air di Kelantan pun tak selesai ada hati untuk kata mereka boleh majukan Selangor lebih hebat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad Shabery berkata, rakyat Selangor seharusnya memberikan pandangan kepada warga Kelantan, Terengganu dan Kedah supaya tidak memilih Perikatan Nasional jika hendak mengecapi kemajuan.
“Kalau nak maju lupakan PN mari kita Selangorkan Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Lambang kemajuan, lambang kemakmuran, lambang memberi pekerjaan kepada anak-anak muda bukan di Kelantan. Orang Kelantan lari meninggalkan tempat mereka, datang ke Selangor. Orang Terengganu datang ke Selangor.
“Bagaimana kamu mengatakan mereka (PN) boleh membawa perubahan. Ubahlah Kelantan dahulu, ubahlah Terengganu dahulu. Jangan mimpi untuk bercakap kamu lebih baik daripada apa yang ada di Selangor ini,” katanya.
Enam negeri akan mengadakan pilihan raya awal Ogos ini iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan serta Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh PN.
Ahmad Shabery berkata, pilihan raya yang akan berlangsung itu amat penting namun kehadiran ramai penyokong pada majlis berkenaan memberi petanda bahawa parti kerajaan perpaduan mempunyai peluang cerah untuk menang. MG
Jangan cuba ‘Kelantankan’ Selangor – Shabery
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib
You must be logged in to post a comment.