Ismail Sabri tegur kerajaan, wujudkan pakej rangsangan atau berdepan dengan malapetaka
Kerajaan perlu mengadakan penilaian segera ke atas ‘kesihatan’ ekonomi negara ketika ini agar tidak menjadi malapetaka, kata bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, adalah penting untuk mengambil perhatian berhubung ekonomi negara dan melaksanakan segera pakej rangsangan ekonomi.
“Berdasarkan kedudukan ekonomi semasa dan prospek masa hadapan, wujud keperluan untuk mengadakan sebuah pakej rangsangan ekonomi dalam tempoh terdekat.
“Semasa tempoh kelembapan atau kemelesetan ekonomi, pakej rangsangan boleh membantu mengurangkan kesan negatif dengan menyediakan rangsangan fiskal dan menghalang penurunan selanjutnya dalam pengeluaran ekonomi.
“Keberkesanan pakej rangsangan bergantung pada reka bentuk, pelaksanaan dan keadaan khusus ekonomi,” katanya dalam tulisan yang disiarkan di Utusan Malaysia.
Katanya, pertimbangan teliti terhadap langkah-langkah sesuai dan aplikasi disasarkan adalah penting untuk memaksimumkan manfaat kepada ekonomi, perniagaan dan isi rumah.
Tambahnya lagi, kerajaan juga perlu bertindak segera bagi memastikan ekonomi negara tidak terus merudum.
Jelasnya, data-data di Bursa Malaysia dan tukaran mata wang asing telah memberikan indikator jelas mengenai keadaan semasa ekonomi negara.
“Persekitaran ekonomi dalam negara perlu dirangsang segera bagi memastikan keadaan dapat dipulihkan dan rakyat tidak terus terbeban,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib
You must be logged in to post a comment.