Dapatkan kita mimpi Rasulullah SAW?

Dapatkan kita mimpi Rasulullah SAW?

Ramai yang mendakwa diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dengan Nabi s.a.w melalui mimpi, sekali gus merasakan itu adalah karamah untuk dirinya. Tidak kira lagi dengan yang berbangga dan riak atas kurniaan Allah itu, walhal kita sendiri tidak tahu apakah yang dikatanya itu benar atau tidak.

Apabila dipersoalkan, maka mereka yang alim ini mula mempertahankan diri dengan membawa dalil dan hujah tersendiri termasuk membawakan beberapa hadis sahih yang antara lain bermaksud,



“Barang siapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku.” (HR Bukhari)

Namun begitu, terdapat juga beberapa ulama berbahas mengenai hadis tersebut, bukan untuk meragui status hadis berkenaan sebaliknya mencari ketelitian dalam memahami maksud dan cara huraian hadis yang berbeza daripada pandangan umum.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Khader Ahmad, hadis tersebut sememangnya tidak perlu ada pertikaian, namun yang perlu diteliti ialah kata-kata individu yang mendakwa bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w.

Dalam hal ini, beberapa ulama muktabar menjelaskan, ada beberapa perkara yang perlu diteliti bagi membuktikan seseorang itu sememangnya bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan bukannya helah syaitan yang bertujuan menyesatkan manusia.



Antaranya seperti kata-kata Syeikh Mustafa Az-Zarqa dalam kitab al-Aql wa al-Fiqh yang mengatakan, jika seseorang itu merasakan dia bermimpi Nabi di zaman ini, maka tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Rasulullah s.a.w.

Ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah sebenar Nabi.

Jelas Dr. Khader lagi, memang betul syaitan tidak boleh menyerupai Nabi s.a.w, namun jangan lupa, tipu daya syaitan itu sungguh dahsyat. Syaitan boleh sahaja menyerupai sesiapa dengan berserban besar, berjubah dan sebagainya, lantas mengakui yang dia adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Lalu, bagi kita umat yang tidak mengenali Nabi secara zahir ini, terus menyakini bahawa insan yang hadir dalam mimpi ini ialah Nabi Muhammad s.a.w.



Harus diingat juga, syaitan hanya tidak boleh menyerupai wajah Nabi sahaja, tetapi yang lain boleh. Contohnya, dia kelihatan berdiri menghadap ke belakang, dan mengakui bahawa dia adalah Nabi. Itu pun boleh terjadi.

Justeru, bagi memastikan individu di dalam mimpi tersebut adalah Nabi yang sebenar, ulama al-Qadhi Iyadh ada menyebut, jika bermimpi berjumpa dengan Nabi, individu tersebut mestilah terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah s.a.w yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat oleh para sahabatnya.

Al-Qadhi Iyadh menyebut lagi, jika ia sama sifat, dan perwatakannya, maka benar itu adalah Nabi s.a.w. Namun jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi s.a.w.

Selain itu, Dr. Khader juga mengingatkan masyarakat, agar tidak mudah percaya dengan pelbagai andaian dan pengakuan seseorang yang mengatakan pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w.



Ini kerana, syaitan yang telah berikrar menjadi musuh anak Adam itu akan melakukan 1001 cara untuk menyesatkan manusia. Biasanya syaitan mula masuk melalui hawa nafsu di kalangan orang yang mendakwa dirinya alim, untuk lebih merasa angkuh dengan ilmu yang ada. Dan syaitan juga suka mengganggu orang yang jahil, supaya menyekutukan Allah.

Antara ulama yang pernah berbahas mengenai isu ini ialah Imam Nawawi, yang mengingatkan orang ramai agar menilai peribadi orang yang mendakwa bermimpi Nabi s.a.w. Hujahnya, keperibadian seseorang akan menggambarkan tentang apa yang dicakapkan itu benar atau tidak.

Bukan itu sahaja, Imam Nawawi turut menjelaskan, seseorang yang mendakwa bermimpi berjumpa Nabi s.a.w mestilah seorang yang warak, sentiasa melakukan sunnah Rasulullah dan juga seorang yang kuat hafalannya.

Bermakna jika seseorang itu jenis yang suka berkhayal dan lemah ingatannya, maka dia tidak termasuk dalam golongan yang boleh dipercayai akan mimpinya itu.



Justeru, jika orang yang mendakwa bermimpi berjumpa Nabi itu daripada kalangan orang yang baik-baik dan soleh, kemungkinan apa yang didakwanya itu adalah betul. Dr. Khader menjelaskan, Allah akan memberi peluang kepada orang yang mencintai Nabi dan mengamalkan segala suruhan Allah dan rasul untuk berjumpa dengan Nabi di dunia ini, melalui mimpi.

Hal inilah yang pernah terjadi kepada Imam Bukhari, apabila diberi peluang berjumpa dengan Nabi melalui mimpi. Dan ternyata keperibadiannya sebagai perintis terawal mengasingkan hadis palsu dan sahih, antara sebab beliau ‘dianugerahkan’ untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w melalui mimpi. Wallahu a’lam utv

Dapatkan kita mimpi Rasulullah SAW?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker